” Alhamdulillah Saya Dapat Pencuri Motor Saya”. Ingat Siapalah, Rupanya Sahabat Baik Achey Sendiri Yang ‘Curi’

Siapa tidak kenal lelaki bernama Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey ini. Berusia 30 tahun, beliau merupakan antara pelawak yang sedang meraih populariti bersama ahli kumpulan Bocey lain iaitu Fad dan Achey.

Sebelum ini pernah heboh pasal kumpulan Bocey yang sudah mempunyai nama yang agak kukuh sekarang, ada pihak yang mendakwa Bocey kini sudah lupa diri dan mula menaikkan harga untuk persembahan.

Namun, ahli kumpulan tersebut Abam menafikan dakwaan itu dan meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan mana-mana tindakan mereka dan telah mencuba sedaya upaya mereka untuk melayan peminat sama rata.

Saya menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap kami kerana setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menyuarakan pendapat berkenaan lupa diri. Kami sendiri terkejut apabila ada yang bertanyakan sama ada kami lupa diri.

Sebagai artis, kami rasa kami cuba sedaya upaya untuk melayan peminat sama rata tetapi tidak tahu pula jika ada pihak yang terasa hati dengan tindakan kami tanpa disedari. Malah pihak yang mengenali kami pastinya tidak akan percaya gosip ini kerana tahu kami bukanlah seperti yang didakwa.

Bocey juga sebenarnya tidak kisah atau iri hati andai ada antara ketiga-tiga mereka lebih menonjol dari yang lain kerana ia secara tak langsung turut membawa jenama Bocey.

Sementara itu, hubungan rapat antara Abam, Fad dan Achey sememangnya diketahui umum. Perkara ini yang menjadi tarikan peminat kerana gurauan, usik mengusik, bahan membahan yang natural menjadikan setiap idea lawak mereka seolah-olah semuanya spontan tanpa skrip.

Achey terutamanya, ada sahaja video yang beliau kongsi dengan peminat di Instagram tentang aktiviti peribadi antara mereka sesama ahli kumpulan Bocey.

Terbaru, Achey berkongsi video di mana beliau dalam kereta sambil mengekori Abam yang menaiki motor. Pasti ramai peminat terkejut, bukan calang-calang motor Abam naik, motor RXZ. Motor yang pernah menjadi kegilaan golongan lelaki suatu masa dahulu.

Apa yang menggelikan hati, Abam sempat berseloroh mengatakan berjaya menjejaki dan sedang mengekori pencuri motor beliau, merujuk kepada Abam.

Sudah lah motor tu sampai lowerd dibuatnya, selamba aje Abam bawak meronda-ronda. Tak pakai helmet pula tu, memang buat hal betul lah Abam ni hahaha..

Di bawah ini adalah video yang dikongsikan Achey dan kapsyen yang mencuit hati yang beliau kongsikan

” Saya dapat pencuri moto saya… alhamdulillah..”

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan aksi Abam naik motor yang sinonim dengan abang-abang rider dan mat rempit sekitar awal tahun 2000an.

Setakat ini, video tersebut telah dilihat sebanyak 600k dan beratus komen dari pengikuy Achey. Meriahh! Jom baca apa komen netizen.

” dayatsevent3 – Moto abg memang lowerd yeaa. Pakai spring apa tu abam. Macam nak taknak je moto tu gerak heheheh..”

” pendi_power – Dah habis pulas dah minyak tu…laju tu jugak perginya. hik3. sori abam, gurau je ye…”

” n.fakhirul – Abam bawak mcm mat rempitt. Bahu congek sebelahh. steady bam,aku naik ex5 pun org dah gelak,kau mmg kental..”

” jepun1991 – Tayar belakang tak sangit dgn body kew . nmpk dah over limit tuuu, jgn moto patah 2 sudah la abam hahaha..”

mazlanabdulkhalim – Bahan bukti kukuh. Helmet tak pakai, menongkah arus, nombor plat tak ikut spesifikasi dan yang paling berat, muatan melebihi had. Haha..”

Lihat video di bawah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : IG @acheykintangkintung via newscoviral / aisvanilla