Pakai baju pagoda je keluar rumah, sikap sederhana Akim & Stacy dipuji

Walaupun sudah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, hubungan pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy Anam kelihatan semakin erat dan bahagia, ditambah pula dengan kehadiran dua cahaya mata mereka.

Jika sebelum ini Stacy yang dikatakan telah menjahit baju raya untuk mereka sekeluarga telah dipuji ‘melambung’ oleh netizen, kali ini Akim pula yang mendapat perhatian orang ramai.

Baru-baru ini, pasangan tersebut telah mendapat perhatian ramai pengikutnya di Instagram selepas memuat naik gambar bersama memakai baju putih pagoda di salah sebuah restoran makanan segera.

Dorang ni artis paling sempoi…

Rata-rata peminat memuji gaya penampilan mereka yang bersederhana, tidak seperti selebriti lain yang sering tampil dengan baju berjenama!

Malah ada juga yang turut mengatakan keluarga mereka juga memakai baju pagoda kerana jenis kain yang memberikan keselesaan.

Keluarga mereka pun pakai juga…