Inilah 15 Artis Wanita Yang Belum Berkahwin Yang Paling Cantik Menawan

Hujung minggu melepak bersama kawan-kawan, banyak yang dibualkan. Daripada topik berat sehinggalah yang ringan dan tidak membebankan kepala.

Antara yang dibualkan adalah siapa selebriti wanita Malaysia belum berumahtangga yang dikategorikan paling jelita, menawan dan berkarisma.

1. Ayda Jebat

Dengan gaya yang ringkas tanpa calitan makeup yang tebal, Ayda Jebat punya kejelitaan semulajadi. Apatah lagi sikapnya yang peramah dan sentiasa melayan peminat dengan baik.

2. Zahirah McWilson

Zahirah merupakan salah satu selebriti yang memiliki bentuk bibir menawan. Penampilan Zahirah sentiasa bergaya serta terlihat unik di samping kulitnya yang mulus memikat hati semua orang.

3. Uqasha Senrose

Tak perlu diperkenalkan lagi, Uqasha sering mendapat perhatian netizen dengan gayanya yang sering terlihat seksi dan wajah persis barbie doll.

4. Neelofa

Sentiasa pandai bergaya dan tahu apa yang bersesuaian dengan beliau, Neelofa memang layak berada di dalam kategori ini.

5. Tiz Zaqyah

Inspirasi wanita moden dan bergaya. Itulah Tiz Zaqyah. Ketawanya sahaja sudah boleh mencairkan hati lelaki.

6. Farah Nabilah

Gaya percakapan yang lembut dan memiliki kulit putih mulus amat memikat hati semua. Farah semakin popular dan sering memegang watak utama dalam dram yang menjadikan namanya makin dikenali

7. Emma Maembong

Kulitnya putih melepak bak sutera. Gaya berpakaiannya tidak keterlaluan dan kejelitaannya memang menjadi impian.

8. Sharifah Amani

Kecil molek tetapi berjiwa besar. Sharifah Amani sentiasa tahu apa yang diinginkan sama ada dari segi berpakaian, mahupun dalam lakonan.

9. Mira Filzah

Gadis bertudung ini sungguh ayu. Apatah lagi wajah Mira Filza ini sungguh tenang di pandang mata. Tahun 2016 menyaksikan Mira lebih banyak menumpukan masa menjadi pengacara berbanding dengan berlakon.

10. Kaka Azraff

Walaupun masih baru di bidang seni, namun tidak dinafikan Kaka sentiasa tampil trendy. Gaya manjanya juga membuatkan lelaki tidak senang duduk.

11. Zulin Aziz

Jangan terkejut wanita kelakar ini juga termasuk dalam kategori paling menawan. Zulin ada daya tarikan yang tersendiri yang amat menawan hati.

12. Nelydia Senrose

Seorang lagi wanita kacukan yang hangat di arena seni. Kejelitaannya memang tidak boleh dinafikan. Selepas melakukan undian antara adik beradik Senrose, Nelydia menjadi pilihan ramai.

13. Janna Nick

Walaupun gayanya nampak sedikit ‘tomboy’, tapi tidak ada sesiapa yang mampu menidakkan keayuan wajah Janna Nick. Apatah lagi dengan gelak ketawanya itu.

14. Kilafairy

Jika bercakap tentang seksi dan menawan sudah pasti Kila Fairy termasuk di dalamnya. Anak gadis penyanyi veteran Rohana Jalil ini memiliki bentuk bibir yang penuh, tebal mirip Angelina Jolie

15. Eyka Farhana

Gadis ini semakin dewasa dan kecantikannya juga makin terserlah. Dengan gaya simple dan up to date, Eyka mampu menawan hati lelaki.

Kalau nak diikutkan, pasti ramai lagi selebriti jelita dan menawan yang belum tersenarai. Siapa selebriti yang tidak tersenarai yang menjadi pilihan anda?