“I think your english is the Power Rangers…” – Ingin duduk lama di Maldives peminat usik ‘english’ Jep Sepahtu

Baru-baru ini, pasangan MeleTop 2017, Sari Yanti dan Jep Sepahtu telah bercuti ke Maldives. Dikhabarkan percutian pasangan itu adalah sempena meraikan majlis hari lahir Sari Yanti yang ke-34 tahun.

Sepanjang bercuti ke sana, kedua pasangan ini sering berkongsi gambar dan video di Instagram. Namun di Instagram Jep Sepahtu, dia telah memuat naik video pemandangan hotelnya yang mengadap laut, namun kapsyen daripada pelawak ini telah menarik perhatian netizen.

I think I can improve my english

Dalam kapsyennya, Jep Sepahtu menulis,

“I think i can improve my english if i stay here longer but my money i need to use for pasar, pampers anak, minyak kereta nak isi, game superlawak lagi nk tongtong bayar padang, makan kat tok deng. So i decide to improve my english in Malaysia.”

Tadi letak dulang ni kat laut, jenuh mengejar

Berenang di Open Sea!

I think your English is the Power Rangers!

Kapsyen daripada Jep Sepahtu telah mengundang tawa daripada peminatnya, yang mengusik pelawak itu. Antara yang turut mengusiknya adalah rakan baiknya Shuib Sepahtu.

Jep ni, macam2 la. Ade je lawak dia!

Takpe Jep, orang kata “Idea is there!”