‘Saya dipulau teruk. Nyanyi live tinggal saya sorang2, duduk semeja pun tak nak pandang muka. Saya halimunan ke’ – Izzue Islam

Beberapa hari lalu setelah selesainya acara karpet merah akhir Gegar Vaganza 5, pelakon dan penyanyi Izzue Islam telah mengumumkan berita yang sangat mengejutkan netizen. Beliau telah menarik diri daripada kumpulan Forteen kerana menurutnya sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Menurut Izzue ini bukanlah kali pertama persefahaman hilang di antara mereka tetapi merupakan kali kedua dan dia tidak mahu situasi itu menjadi lebih tegang lalu membuat keputusan untuk menarik diri.

Tambah Izzue lagi, Forteen yang kini dianggotai Ariz Lufias, One dan Ameer sudah beberapa hari enggan bersemuka dan bertegur sapa dengannya tanpa sebab malah hal ini berlaku sebelum dia menarik diri lagi.

Tindakan mereka yang dianggap seperti tidak profesional dan tidak matang dan hanya bertindak memulaukan Izzue itu menambahkan lagi keyakinan Izzue untuk menarik diri daripada kumpulan tersebut. Ujar Izzue,

Lagipun antara semua, saya lah yang paling tak bagus. Suara saya tak sehebat mereka. Jangan risau ini bukan gimik, benda ini serius, cukuplah sampai sini sahaja

Terbaru, Izzue telah bercakap dalam sebuah temubual eksklusif di mana dia berkongsi kisah sebenar tentang apa yang terjadi kepadanya sebelum dia menarik diri pada malam itu.

Menerusi sumber, Izzue mengatakan dia merasa amat terkilan dan sedih dengan apa yang dilakukan oleh 3 orang sahabat perjuangnnya selama 7 tahun itu terhadapnya.

Saya minta jumpa nak cakap, tp mereka tak nak. Kalau saya ada buat salah, beritahu saya, bincang. Saya terima kalau salah saya. Bukan buat macamni, duduk semeja tapi lansung tak nak pandang muka saya, apa tah lagi bercakap. Bayangkan sampai atas pentas tengah live, part harmonize mereka bertiga je nyanyi. Saya tak diberitahu apa2! Satu stage menyanyi sekali tapi saya sorang2 dekat situ. Waktu part saya nyanyi pulak, takde sorang pun tolong harmonize saya

Bila sampai lepas event red carpet, saya dah nekad, saya rasa mungkin memang ini yang terbaik, saya akan undur diri dan saya beritahu pd mereka- ada antara mereka yang hanya bertepuk tangan atas keputusan saya. Saya rasa betul lah mereka bersetuju..

Korang tak patut buat aku macamni…tak bersyukur ke?

Luahan hati Izzue itu mendatangkan sebak kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya termasuk lah Izzue sendiri yang tewas dengan air mata dihujung temu bual tersebut. Kata Izzue, sehingga hari ini selepas penarikan dirinya, tiada sebarang kata-kata, call atau text daripada mereka.

Walaupun saya bukan lagi bergelar kumpulan Forteen tapi kalau selepas ini mereka hendak berbaik, berkerjasama saya tak ada masalah lansung. Malah saya berbesar hati. Sumber : Mstar

Izzue buat keputusan sendiri – Ariz Lufias

KUALA LUMPUR: Keputusan pelakon dan penyanyi, Izzue Islam menarik diri daripada Forteen bukan saja mengejutkan peminat, malah menimbulkan persoalan kepada anggota kumpulan itu. Mengaku timbul salah faham berhubung perkara itu, salah seorang anggota Forteen, Ariz Lufias, 29, berkata, keputusan Izzue kurang bijak malah dibuat terburu-buru tanpa berfikir panjang atau berbincang dengan ahli yang lain.

“Kami sangat terkejut dan ini bukan gimik. Memang ada sedikit insiden berlaku antara kami, tetapi untuk dia buat keputusan (keluar dari Forteen) tanpa berbincang adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Lumrah sesebuah kumpulan muzik akan ada masalah dan salah faham. Cuma, sebelum ini, kalau ada apa-apa masalah, kami akan berbincang.

“Ini kerana kami sudah tujuh tahun bersama dan sudah macam adik-beradik,” katanya kepada BH Online.

Malam tadi, Izzue mengejutkan peminat apabila mengumumkan meninggalkan Forteen ketika melangkah di segmen karpet merah pentas akhir musim kelima Gegar Vaganza (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam. Tanpa menyatakan alasan kukuh, Izzue menganggap dirinya tidak lagi sesuai berada dalam Forteen berikutan prestasinya kurang memuaskan.

Ariz berkata, anggota kumpulan itu digabungkan pada sesi uji bakat dan cukup mengenali antara satu sama lain.

“Kalau ada masalah, kami berbincang dan apabila timbul masalah kecil macam ini, ia cukup mengejutkan kami.

“Kami pernah tanya Izzue ketika bertarung dalam GV5, kalau ada masalah bagi tahu dan kita boleh berbincang.

“Setiap kali nampak dia lain macam, kami akan bertanya dan ajak berbincang. Kami sudah rancang macam-macam projek selepas GV5, tiba-tiba jadi macam ini,” katanya.

Akan bersemuka dengan vokalis itu, Ariz bagaimanapun berkata, dia dan teman-teman mahu memberi masa kepada Izzue untuk bersendirian dan bertenang. Tambah Ariz, Forteen bagaimanapun akan bergerak secara bertiga membabitkan dirinya, One dan Ameer.

“Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan,” katanya. Ariz berkata, Izzue adalah vokalis utama kumpulan dan bakatnya sangat diperlukan. “Semua peserta GV5 jika diikutkan tertekan dengan komitmen dan tugasan mingguan… Semua orang rasa.

“Malah, ketika kami terkeluar daripada GV, Forteen mendapat komen positif semua orang. “Kalau Izzue anggap dirinya sudah tak ada fungsi dalam Forteen, mana mungkin dia mampu berada bersama kami selama tujuh tahun,” katanya.