Yang Macam Ni Laa Patut Hantaran Tinggi. Ini Gambar Terbaru Anak Norman Hakim Yg Buat Netizen Terpesona

Baru-baru ini tular apabila pelakon Norman Hakim mendedahkan, ramai remaja lelaki yang menghantar ‘lamaran’ menerusi mesej peribadi selepas dia berkongsi wajah anak perempuannya, Marissa Dania di laman sosial, Instagram.

Meskipun terkejut, Norman mengakui, lucu dengan kesungguhan kebanyakan mereka yang berusia bawah 18 tahun memenangi hati anaknya yang kini berusia 13 tahun itu.

Norman yang berasal Kuantan, Pahang berusia 42 tahun itu juga tidak menyangka, anak kedua hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Abby Abadi turut memiliki beberapa kelab peminat yang ditubuhkan oleh pengikut Marissa.

” Macam lucu apabila mereka berani menghantar mesej mahu memperisterikan Marissa. Ada yang terbuka meluahkan cinta, malah sanggup melakukan apa sahaja demi Marissa. Ada juga yang mula memanggil saya ‘papa’.

” Semua ini memberikan saya pengalaman baharu. Pesan saya, anak perempuan saya itu masih muda. Perjalanannya masih jauh, malah al-Quran belum separuh dihafal.

” Kepada lelaki yang berniat mahu menjadi ‘imam’ Marissa , saya hargai keikhlasan mereka. Saya anggap ia sebagai permulaan ukhwah dan silaturahim sesama kita,” katanya.

Bagaimanapun kata Norman, dia ingin melihat remaja itu terlebih dahulu menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT dengan penuh amanah, seterusnya menjaga ‘keramat hidup’ mereka iaitu ibu dan bapa. “Hanya selepas melaksanakan dua amanah besar itu, baru mereka layak berfikir soal ‘mendirikan masjid’,” katanya.

Berikut adalah entri terbaru norman hakim yang disertakan gambar anaknya, Marissa di bawah.

“Selain drpd menghafal Al-Quran & belajar akademik,dia rajin jugak layan ig bila balik sebulan sekali,tapi tiap kali nak bukak ig,dia selalu lupa password

Ig pertama @marissa_dania_hakim lupa password,ig ke-2 @marissadania_ pun lupa password (dgn email2 semua pun lupa sbb semua dia buat sendiri) & ig ke-3 ni @marissadaniaaaaa_ dia baru bukak masa balik baru2 ni & yg ni tak pasti bila dia nak lupa password

Tapi dia relax je,ada ig ke takde ig ke tak bawak kesan sgt kat dia,tapi baru ni dia merajuk manja dgn papa,tanya kenapa tak follow ig baru dia Papa cakap tak nak dah sbb asyik lupa password ig je

Ok la papa dah follow ig baru @marissadaniaaaaa_ ni.Lepas ni kalau lupa lagi password,tak tau la apa nak cakap

Apapun alhamdulillah syukur Ya Allah utk pencapaian terkini cenonet cayang manja papa ni.Congratulations cayang manja papa.Ini lagi penting dari ber’ig’ semua k cayang.Salam Jumaat yang Barakah..”

Jom baca apa komen netizen di bawah

1) hehehe mcm sy la selalu lupa password and id. pesan kat marissa, tiap kali creates an acc, save id and passwrd di notes fon. apa2 hal boleh refer notes ja

2) Sukanya tengok…dah la cantik,cintakan pelajaran agama,tutup aurat. Tahniah pd parents,@normanhakim_786 termasuk mamamamiabah.insyaAllah senang dunia akhirat. Doakan saya

3) nak hafal alQuran tapi lupa password IG. Tahniah Bang kerana ajarkan anak yang mana satu prioriti di dalam hidup kita.

4) Tahniah dania! Alhamdulillah. Lupa password ig takpe, tapi jangan lupa Al-Quran semoga terus menjadi kebanggaan your parents

5) Biar lupa password dr lupa hafal alquran…haihhh cantik manis sungguh awak syg..untung abg @normanhakim_786 kak @abby_abadi112 ada ank secantik sebaik @marissadania_ semoga tercapai cita2 awak syg