(Video) ‘Sambutan birthday macam inilah yang dia nak, penuh kegedikan’ – Komen Alyah di IG suaminya

Tindakan penyanyi Alyah memuat naik komen berunsur kemarahan di Instagram suaminya, Dato’ Ramli MS membuatkan netizen tertanya-tanya, apakah pasangan itu berantakan.

Dalam ruangan komen video Instagram Ramli MS yang juga dikenali sebagai Tok Ram, Alyah memuat naik komen berikut:

“Macam inilah yang dia suka. Sambutan birthday macam inilah yang dia nak. Sambutan hari jadi yang penuh kegedikan, boleh mengeletis.

“Kalau kita buat bacakan Quran kat rumah, dia panas. Duk kejap je terus nak keluar main snooker.

“Tak apa ok. 8 tahun dah macam ni, kita cuma memerhati dari jauh je,” tulis Alyah.

Bagaimanapun, tampil seorang peminatnya menasihatkan Alyah tidak berbuat demikian kerana adalah berdosa seorang isteri membuka aib suami.

“Rasanya aib suami berdosa isteri buka walau teruk macam mana sekalipun si suami itu, isteri wajib pertahankan. Kalau komen-komen itu dianggap gurau bini kepada laki, rasanya agak keterlaluan boleh menjatuhkan maruah suami tuh,” kata @reallaraiskandar kepada Alyah.

Malangnya, Alyah meminta peminatnya itu tidak perlu campur urusan rumahtangganya selain meminta individu itu untuk diam.

Kecewa dengan tindakan Alyah, @reallaraiskandar berkata dia hilang hormat terhadap Alyah kerana memuat naik komen balas seperti itu.

Tidak berhenti di situ, Alyah meminta individu itu berhenti mencampuri urusannya atau berdepan dengan tindakan saman, dan menegaskan dia tahu apa yang dia sedang lakukan..

“Ye, aku memang beremosi sekarang ni. Tak payahlah nak nasihatkan aku dengan jalan hidup yang kau tak pernah lalui.

“Pura-pura bahagia itu penat,” tulis Alyah di Instastorynya.