Aliff Syukri membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia

Sebelum ini, Aliff Syukri menerima kritikan hebat netizen kerana lagu Bobo Dimana yang dianggap tidak sopan dan memaparkan unsur lucah.

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia melalui stesen Radio Hot fm mengenai video lagu tersebut

Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Sehingga kini, video muzik tersebut menjadi trending nombor satu di laman Youtube dan menerima hampir empat juta tontonan.

Beliau memaklumkan beliau hanya memenuhi jemputan menyanyi bersama penyanyi Indonesia Lucinta Luna

Permohonan maaf :

sumber : Hotfm