Besarnya Rumah Afieq Shazwan. Dah Macam Istana, Siap Ada Zoo Mini Lagi

Penyanyi Afieq Shazwan memberitahu dia memiliki sebuah zoo mini yang menempatkan beberapa jenis haiwan.

Afieq, 21, berkata salah satu haiwan peliharaan kesayangannya ialah seekor kuda betina yang diberi nama Solidad.

“Saya ada bela seekor kuda bernama Solidad. Saya memang jaga dia dari kecil dan sekarang dah berusia 14 tahun.

“Dulu kalau petang-petang saya akan bawa dia pusing-pusing di padang berdekatan. Cumanya sekarang dah sibuk susah nak bawa keluar selalu.

“Selain itu, saya ada sepasang kuda padi, kecil sahaja dan nampak comel tapi dia ganas sikit,” katanya kepada mStar Online.

Afieq ditemui semasa sesi rakaman program Bizibody di kediamannya di Klang, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga Big Stage ini memberitahu kuda memerlukan penjagaan rapi daripada sudut makanan dan kebersihan.

“Makan tak boleh sebarang, ada amaun untuk diberi, sebab kalau terlebih makan, jadi obesiti.

“Kuda ni badan mereka penuh dengan otot, sebab tu kena jaga makan dan kerap buat latihan padang.

“Kandang pun kena selalu dibersihkan supaya ia sentiasa sihat. Haiwan ini istimewa kerana ia ada mood yang susah nak jangka sebab tu kita kena pantau selalu,” ujarnya.

Selain kuda, Afieq juga memelihara beberapa jenis haiwan yang lain antaranya rusa, kambing, lembu, llama, burung unta, ayam dan banyak lagi.

Biodata

Nama penuh: Muhammad Shafieq Shazwan bin Zamros

Tarikh lahir: 5 September 1997​

Umur: 21 tahun

Asal: Kampung Jawa, Selangor​

Syarikat rakaman: FMC Music

Media sosial: Instagram @afieq.shzwn, Facebook Afieq Shazwan, Facebook page Afieq Shazwan, Twitter @Afieq_shzwn dan Tik Tok afieq.shzwn

Fakta Menarik

1. Aktif sejak tahun 2008 iaitu kemunculan dalam program realiti Idola Kecil musim pertama di usia 11 tahun sehingga berjaya bergelar antara finalis akhir.

2. Kemudiannya beliau terpilih menjejakkan kaki ke Pentas Mystarz Oolala, juga tersenarai sebagai peserta peringkat akhir.

3. Pernah memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kecil dalam pementasan Teater Tun Mahathir 1 dan 2, sebuah teater yang dikatakan antara yang terbaik di Malaysia, berlakon di sisi pelakon ternama, Erra Fazira dan Zizan Nin.

4. Selain itu, beliau juga aktif membintangi drama dan siri televisyen, antaranya Idola Kecil Cindarella Stories, Idola Kecil The Series, Dunia Eicak, Elly & Epit dan Miss Kapten Cikgu Waiz.

5. Pada tahun 2017, beliau memaklumkan sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Diploma Perniagaan dan Pengurusan di Management and Science University (MSU), Shah Alam.

6. Pada awal 2018, Afieq melancarkan single berjudul ‘Seandainya’ ciptaan sepenuhnya oleh Gouffran dan Sang Hitam dan sehingga kini ia telahpun meraih lebih 520,000 tontonan untuk video lirik dan lebih 270,000 tontonan untuk video muzik rasmi di laman Youtube.

7. Pada Ogos 2018, beliau menyertai program realiti terbaru terbitan Astro berjudul Big Stage, bersaing dengan sembilan penyanyi muda terkenal iaitu Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Tajul, Andi Bernadee, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.