Alhamdulillah. Netizen Ucap Tahniah Selepas Shuib Kongsi Gambar Dan Video Bersama Lamborghini

” Tiada benda yg mustahil,ianya bermula dgn cita2….bila ye boleh dpt???

Begitulah entri terbaru Shuib Sepahtu yang mengundang gelak tawa. Biarpun pada awalnya entri tersebut kelihatan seperti mengundang persoalan, namun selepas melihat kepada video yang turut dimuat naik, jelas bahawa Shuib sekadar mencuba kereta Lamborghini tersebut.

Pada entri terdahulu, Shuib telah memuat naik gambar beliau bersama Lamborghini hijau sambil kapsyen ” Alhamdulillah”

Sememangnya diakui pada awalnya netizen beranggapan bahawa Shuib baru membeli kereta ‘sport’ tersebut. Maklum sajalah sejak akhir-akhir ini Shuib dilihat ligat menjadi duta produk sana sini, jadi tidak mustahil beliau mendapat pulangan lumayan dan mampu membeli kereta berharga jutaan ringgit itu.

” Alhamdulillah hari ini ada tips sebenarnya..dan orang cakap rezeki itu luas. Dan kereta ni saya dapat try lah hari ni..dapat try masuk jer tadi, dan keluar.. bawak masih belum boleh lagi..Alhamdulillah dapat try lah hari ni..lawa kete ni” seloroh Shuib yang buat netizen tergelak.

Apapun rata-rata netizen mendoakan Shuib supaya murah rezeki dan diberikan peluang untuk membeli kereta idaman ramai itu.

Diakui pendapatan sebagai selebriti di Malaysia ini ‘unlimited’ mereka pandai merebut peluang disambil usaha gigih untuk berjaya. Bukan sahaja pendapatan sebagai berlakon atau mengacara/ DJ namun kebanyakan artis sekarang bijak menggunakan peluang untuk mengembangkan perniagaan.

Jom baca komen netizen di bawah

1) Nak try bawa?? Saya satu unit… Kalau nak try sy boleh bawa door to door service… Tak jadi takpe… Janji try

2) Semoga dimurahkan rezeki angahnya . Amin. Up kulaan banjar. pergh kencang kalau pakai ghini inshaallah boleh capai

3) Insyaallah ada rezeki dpt jugak shuibb..Tak perlu beli kereta mahal2 . Membazir sja. Simpan $ utk masa depan anak2 ya..

4) Wahhh,owner dia org mana @shuibsepahtu sbb pernah nampak jgk kereta sama mcm nie kt bagan serai.

5) Shuib keluar masuk kereta mencuba mencari owner dia. Hahahahahahaha kelakar. Semoga apa yg dicita2kn shuib… Akan tercapai nanti.. In shaa Allah