Zamani Mohon Maaf, Kongsi Vide0 Nyanyian Beliau Sewaktu Sound Check. Memang Merdu Habis

Terkini penyanyi Zamani membuat permohonan maaf terbuka menerusi akaun Instagramnya susulan insiden hilang suara pada konsert Gegar Vaganza (GV5) minggu lalu.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video di hujung artikel

Tulis Zamani, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberikannya peluang menerusi kuasa imuniti serta doa yang dititipkan kepadanya saban waktu.

” Maaf kepada semua kerana tak dapat menyampaikan lagu ini pada malam konsert ke5. Terima kasih pada semua atas sokongan padu yg diberikan pada malam itu @abgadeksuperfans_official.

” Terima kasih tak terhingga pada @aliffsyukriterlajaklaris diatas pemberian imuniti dan juga pada juri2 @tokram_ramlims , ibu kathy & @emyliadac juga pada @jihanmuse @nabilzira.

” Terima kasih team produksi #gegarvaganza5 @gegarvaganzaofficial yg menjaga saya selama ini dan pada semua peserta #gv5 yg seperti keluarga dan takpernah putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini.

” Terima kasih atas doa2 anda semua..”

Beliau turut mengubat kekecewaan peminat menerusi rakaman video ketika sesi rehearsal sehari sebelum konsert berlangsung.

Terdahulu penyanyi popular itu berdepan detik memilukan apabila gagal melontarkan suaranya ketika menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert kelima GV5 Ahad lalu.

Namun, vokalis kumpulan Slam itu diselamatkan menerusi kuasa imuniti penaja utama GV5, Datuk Seri Aliff Syukri yang sekali gus melayakkannya bertanding pada minggu ini. Bagaimanapun difahamkan Zamani telah menarik diri dari GV5 dan keputusan muktamad masih ditunggu.

Sekiranya Zamani tidak menarik diri, beliau akan bersaing bersama lapan bintang GV5 menerusi lagu Hapus Aku (Nidji) pada minggu keenam Ahad ini.

Jom baca apa komen netizen di bawah

1) Suara abg tetap no satu. Bila abg bawa lagu sedih dan abg membawa lagu ni dgn sepenuh hati.. Membuatkan alunan lagu menjadi lebih sedap didgr. Moga abg diberi kesembuhan seperti sedia kala.

Sakit sakit pun still lagi sedap sebennarnya suara always support. Teruskan Zamani Kami sokong bakat jgn di sia2 kan

Minggu ni pls bawa lagu ni….jgn bawak lagu lain dulu, peminat dari BRUNEI

Zamani u are the real LEGEND from yr voice n the way u are esp that nite eventhough u cannot sing tp style u mmg legend sekali imbas mcm michael jackson msia..pls come bck n sing for us..we luv u

kami semua sayang abang zamani! jaga kesihatan sebaik2nya.. kalau tarik diri pon tidak mengapa.. kalau nak teruskan pon kami lagi suka. apa2 pon kami harapkan yg terbaik utk abg zamani hari ini dan selamanya. stop smoking please.. makan banyak2 biar jadi gmuk mcm saya ok?

Jom lihat video nyanyian Zamani di bawah