Wanita Yang Dikutuk Hodoh Tampil Pertahankan Diri. Tak Sangka Rupanya Beliau Mengaku Juga Akhirnya

PETALING JAYA: Wanita yang terlibat dalam kontroversi yang dicetuskan oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akhirnya tampil bersuara untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menerusi rakaman video terkini yang dimuat naik oleh Aliff Syukri di laman Instagramnya, wanita tersebut berkata: “Lagipun, pasal semalam tu, ia sebahagian daripada kerja saya untuk buat benda tu.

“Kepada netizen di luar, anda perlu ambil perkara ini secara positif,” ujarnya.

Aliff Syukri turut menjelaskan bahawa beliau tak mungkin menyentuh muka penonton dengan sengaja dan memilih untuk mengalah sekiranya perkara itu menyinggung perasaan sesiapa.

Wanita Yang Dikutuk Hodoh Tampil Pertahankan Diri. Tak Sangka Rupanya Beliau Mengaku Juga Akhirnya

Penonton yang terbabit dalam insiden itu mendakwa segalanya telah dirancang.

Menjawab penggunaan perkataan ugly (hodoh) yang diungkapkan oleh Aliff Syukri semasa program Gegar Vaganza itu bersiaran secara langsung, usahawan tersebut menjelaskan beliau sebenarnya ingin menyebut perkataan ‘kusam’.

“Saya sebenarnya nak beritahu kusam, tapi bahasa Inggeris tak ada, jadi saya pun tercakap (perkataan ugly).

“Saya minta maaf dan mungkin juga kepada keluarga Ila kan? Mereka tidak faham kami punya tugasan dan rancangan,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengasas produk D’Herbs itu turut menyerahkan kepada netizen untuk menilai sendiri dan meletakkan diri mereka di tempatnya sebagai penaja program tersebut.

Menurut Aliff Syukri, program tajaannya itu bernilai jutaan ringgit, sudah tentu ia mempunyai konsep dan sudah dirujuk kepada semua pihak.

Wanita Yang Dikutuk Hodoh Tampil Pertahankan Diri. Tak Sangka Rupanya Beliau Mengaku Juga Akhirnya

Nur Shahida turut berasa kesal dengan kata-kata kecaman orang ramai terhadap suaminya.

Perbuatan Aliff Syukri tersebut mencetuskan kemarahan netizen dan beberapa selebriti tanah air yang rata-rata tidak setuju dengan tindakannya.

Terdahulu, mStar melaporkan, isteri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kesal dengan tindakan orang ramai terus mengecam suaminya, susulan komen yang dianggap menghina penonton di konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Ahad lalu.

Nur Shahida bagaimanapun mengakui Aliff yang merupakan penaja utama konsert GV5 sering ‘terlepas cakap’ semasa bersiaran langsung.

“I dah cakap dengan you tak perlu keluar TV sebab tak semua faham cara you cakap sebab you suka terlepas @aliffsyukriterlajaklaris. Tak pasal banyak betul orang yang ‘sekolahkan’ (kritik) you hari ni, Datuk, Dr lah,chef lah, artis semua adalah.

Posting di Page Aliff Syukri

semoga anda yg menilai sendiri dan letakkan diri anda ditempat saya menaja program berjuta mesti lah ada konsep dan dah reffer pada smua..

inilah Wanita yg jadi model pada malam tersebut adalah kila yg merupakan team kami yg telah kita beritahu awal utk menjadi testimoni pada malam tersebut.. sebab tu kita dah plan dia duduk hujung senang kameraman nak capture.. bukan kita main terjah je kamera pun x sempat nak ikut.. siapa yg ada di auditorium akan tahu.

kalau tgk Gv setiap minggu pasti tahu saya akan buat demo dan setiap minggu kami hanya mwnggunakn team kami sendiri dan bukan orang luar.. ingat saya berani ke tonyoh muka orang x minta izin..

Apapun yg khilaf itu dari saya sbb terlepas cakap saya dah pun minta maaf pada malam tersebut dalam slot abg bawang..tapi kalau mana yg nak terus mengutuk dan menghina silakan.. saya x mampu puaskan hati anda semua.. begitu juga kes amelina dan santesh pun saya minta maaf kerana niat saya bergurau akhirnya membawa padah dan menyinggung perasaan orang walapun org lain cakap x pula menjadi issue.. terima kasih pada sesiapa yg dah kutuk,hina dan sebagainya.. terima kasih juga yg masih memberi semangat.. semagat saya berniaga tidak terhenti disebabkan anda yg menghina..

Nanti ada yg cakap asyik minta maaf je pastu buat lagi.. .ni berbayar la apa la silakan sebab anda berhak bg komen.. selagi nama manusia mestilah ada salah silap,mungkin orang x nampak je aib kita.. vedio ni saya nmpak happy tapi dalam hati saya hanya ALLAH sahaja yg tahu berapa ribu org menghina dan menhentam saya seolah2 saya penjenayah negara..semoga mereka yg suka jaga tepi kain org dan suka up kan citer saya ni dan mewujudkan perbalahan ini hnya ALLAH YG BALAS malas nak layan org yg kurang kerja ni..

Saya terima je teguran ni tapi macan x adil utk pihak saya kenapa setiap kali saya buat sesuatu perlu dikaitkan dgn kekayaan atau duit adakah sbb saya terlenal, kaya x ada adab…..adakah semua orang berduit perlu dikaitkan dgn benda mcm tu.. hatta yg menegur walaupun orang yg terkenal bukan x pernah bertegur sapa bukan x pernah bersua tapi takpelah mungkin saya tidak sebijak dan sehebat beliau utk berhujah ttg isu ni maklumlah saya budak kampung lepasan SPM senang utk dibuli..