Saya tidak akan p1jak orang yang dah jattuh – Ramli MS

PETALING JAYA: Juri Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS menjelaskan beliau enggan memberi komen persembahan pertama Zamani pada peringkat separuh akhir program itu pada malam Ahad kerana berpegang kepada prinsip.

Ramli berkata, beliau tidak mahu melemahkan semangat Zamani memandangkan penyanyi itu sendiri sudah cukup tertekan dengan persembahannya yang bermasalah.

“Untuk lagu pertama saya tidak mahu komen sebab prinsip saya tidak akan pijak orang yang dah jatuh tapi dia bangkit untuk lagu kedua.

“Semua juri memberi markah hampir maksimum. Malam separuh akhir ini penjurian berdasarkan dua lagu bertanding. Bertenang okay,” tulisnya di Instagram.

;

Dalam pada itu, Ramli memberitahu beliau terkejut apabila Zamani tidak dapat mencari nada lagu Dekat Padamu nyanyian asal Yusry Abdul Halim itu ketika memulakan persembahan pertamanya.Kata Ramli, atas kesilapan itu dia tidak bersikap berat sebelah dan mendedahkan tidak memberi markah kepada Zamani namun memuji keberaniannya memperbetulkan kesalahan tersebut.

“Saya terkejut apabila dia tak dapat cari key lagu (bukan silap lirik), saya bagi dia kosong markah.

“Tapi selepas separuh lagi dia dapat balik key lagu itu. Saya patut bagi dia markah sebab dia tak berganjak dari kesilapan dia,” katanya.

Selain Ramli, juri profesional yang mengadili semua peserta adalah Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Yusof Haslam.

Ramli menjelaskan tindakannya enggan memberi komen persembahan Zamani di Instagram.

Hetty Sarlene dan kumpulan Forteen gagal menempatkan diri ke final selepas diumumkan tersingkir pada pertandingan minggu ketujuh itu.

Sementara itu, Zamani berkata, dia tidak berkecil hati apabila Ramli enggan memberi komen persembahannya malah memahami mengapa pengarah muzik itu enggan berbuat demikian.

Kata Zamani, dia sedar Ramli meletakkan harapan tinggi kepada semua peserta malah beliau sentiasa berada dengan peserta pada sesi latihan.

“Saya faham, latihan sudah buat banyak kali tiba-tiba jadi begitu… Beliau pun malas nak komen, saya faham begitu. Harapan orang sangat tinggi pada kita apabila jadi begitu saya sendiri pun berasa kecewa.

“Alhamdulillah lagu kedua dapat buat dengan baik jadi terubat sedikit rasa kecewa,” katanya.

Selain Zamani, peringkat akhir GV5 turut memperlihatkan lima lagi peserta mara iaitu Amelina, Noryn Aziz, Dia Fadilla, Maya Ruslee dan duo berkumpulan Billy Zulkarnain.

‘Lupa Lirik Boleh Masuk Final? Memang Zamani Ke Wajib Juara GV5?’ – Ogy Ahmad Daud

Walaupun sering dihimpit kontroversi sepanjang penglibatan di Gegar Vaganza 5, penyanyi lagenda Zamani berjaya melangkah ke peringkat akhir rancangan itu.

Zamani, antara peserta ‘favourite’ musim ini memperoleh markah yang ‘mencukupi’ untuk ke final walaupun kelihatan gagal menyanyikan lagu pertama dengan baik. Pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy menerusi posting terbaru di Facebook meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan itu.

Lupa lirik boleh masuk final?

Menerusi status itu, Ogy mempersoalkan kemaraan Zamani ke peringkat akhir rancangan itu walaupun beberapa kali lupa lirik dan gagal menyanyi dengan betul. Perkongsian Ogy bagaimanapun menerima pelbagai respon daripada pengguna Facebook yang rata-rata kurang senang dengan pendapat itu.

Zamani tak layak

Semenntara itu di Twitter, netizen bersetuju dan berpendapat Zamani sebenarnya tidak layak mara ke peringkat akhir berdasarkan persembahannya yang kurang memuaskan itu.

Zamani mengaku berasa malu, pemilihan ke final GV5 dipersoalkan

PENYANYI Zamani memberitahu dia hampir berputus asa dan berasa malu apabila persembahannya menerusi lagu Dekat Padamu nyanyian asal Yusry Abdul Halim pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima bermasalah.

Zamani memberitahu dia sedar akan ada pihak yang mempertikaikan pemilihannya ke peringkat final kerana kegagalannya mengadakan persembahan dengan baik namun akan menerima semua pendapat berhubung perkara itu.

“Ketika persembahan itu, ear piece saya tidak berfungsi dengan baik dan apabila lagu mula saya tidak boleh agak untuk mula menyanyi kerana tidak dapat mendengar.

“Jujurnya lepas lagu pertama itu saya dah putus asa, berasa malu.. Saya sudah menjangkakan tidak akan masuk ke final tetapi rezeki saya dapat ke peringkat seterusnya.

Antara komen netizen di Twitter.

“Kalau ada pihak yang ingin persoalkan… Memang patut pun dan saya sedia terima semua pendapat tetapi gunakanlah saluran yang betul dan hormat keputusan juri,” katanya.

Keputusan juri profesional memilih Zamani ke peringkat akhir mendapat reaksi bercampur-baur daripada peminat program popular itu.

Ramai di antara mereka merasakan vokalis kumpulan Slam itu tidak layak ke final kerana Zamani gagal menyampaikan lagu tersebut dengan baik.

Rata-rata merasakan nyanyiannya pada malam itu kedengaran sumbang selain Zamani banyak lupa lirik yang mencacatkan persembahannya.

Malah Datuk Ramli MS juga dilihat kecewa dan enggan memberikan sebarang komen selepas Zamani selesai membuat persembahan.

“Adakah saya satu-satunya yang merasakan Zamani tidak layak untuk ke final? Forteen lebih baik daripadanya hari ini. Ini bukan sebab anda seorang lagenda, ini adalah pertandingan. Zamani tidak mengadakan persembahan yang baik malam ini.

“Zamani nampak keliru di ataa pentas ketika menyanyikan Dekat Padamu. Persembahan itu bukanlah terlalu teruk (lagu kedua lebih baik). Tapi saya rasa ia tidak adil Tok Ram enggan memberikan sebarang komen.

Lagu pertama off key, lupa lirik. Lagu kedua best. Tapi masih masuk final juga. Markah lagu kedua 100 peratus barangkali,” antara komen peminat program itu di Twitter.

Bagaimanapun ramai turut merasakan Zamani tetap layak ke final kerana persembahan keduanya menerusi lagu Di Matamu (Sufian Suhaimi) telah menebus kesilapannya pada lagu pertama.

Malah persembahan kedua itu turut mendapat pujian juri profesional yang mengadilinya pada pertandingan itu.

“Zamani sudah melakukan yang terbaik buat lagu kedua. Jangan bimbang Zamani kami tetap akan menyokong anda. Legend tu!

“Saya rasa Zamani telah menebus kesilapannya. Dia menyanyikan Di Matamu dengan perasaan dan dari hati, saya dah single lapan tahun ni pun rasa macam ditinggalkan oleh kekasih yang tidak wujud! Zamani menyanyikan dengan baik sekali,” tulisnya netizen lagi.

Impian penyanyi Hetty Sarlene dan kumpulan Forteen untuk mara ke final terhenti apabila mereka diumumkan peserta tersingkir pada peringkat separuh akhir program itu yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Selain Zamani, lima lagi peserta yang mara ke peringkat akhir adalah Amelina, Maya Ruslee, Dia Fadilla, Noryn Aziz dan duo berkumpulan Billy Zulkarnain.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.