14 Transformasi Selebriti Semata-mata Melakonkan Watak Dalam Filem

Mudahkah untuk menjadi seorang pelakon? Pasti ada di antara yang merasakan mudah untuk menjadi pelakon, hanya hafal dialog movie dan lagi best apabila boleh melakonkan watak utama. Namun hakikatnya, lakonan bagi sesetengah orang bukan setakat itu sahaja.

Mereka mengambil tugasan lakonan itu dengan serius dan menunjukkan skil dan dedikasi pada lakonannya. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan watak yang dibawa mereka hidup. Malahan, daripada komitmen yang diberikan itu dapat membawa mereka lebih jauh dalam dunia lakonan.

Kami mengambil peluang untuk menyenaraikan beberapa pelakon yang sanggup membuat transformasi yang melampau, yang menukar bentuk fizikal bagi melakonkan watak dalam cara yang begitu mengagumkan.

Usaha mereka telah membawa kepada pelbagai anugerah akibat daripada transformasi yang dibuat mereka. Anda boleh lihat perubahan melampau dan sila pilih mana yang paling terbaik.

#1. Chris Hemsworth, Thor

Semasa filem Thor pertama, Hemsworth telah mendapatkan khidmat latihan dari seorang bekas aggota SEAL, Duffy Gaver yang telah mengunakan pendekatan ‘old-school bodybuilding‘ dengan memberi penekanan kepada tangan dan lengan.

Hal ini kerana Thor sering muncul di dalam filem dengan berpakaian ‘sleeveless’ berbanding tidak berbaju. Berat badan Hemsworth telah naik sebanyak 20 paun pada movie selepas itu iaitu The Avengers dan Thor: The Dark World.

Menurut pelatih peribadinya, Chris sering dilihat seperti mengambil steroid. Namun demikian, beliau tidak mengambil sebarang bentuk steroid sepanjang membina badan. Di hanya melakukan senaman demi melakonkan wataknya sebagai Thor.

#2. Christian Bale, The Machinist.

Di dalam Machinist (2004), Christian Bale telah melakonkan watak Trevor Reznik, seorang machinist dengan masalah insomnia yang teruk. Kesukaran tidur menyebabkan Reznik ini mengalami masalah berat badan yang susut.

Bagi melakonkan watak tersebut, Christian Bale harus menjadi kurus secara drastik. Beliau dari berat 173 paun kepada 110 paun. Untuk menghilangan 63 pound ini, pelakon tersebut telah mengunakan diet draconia selama 4 bulan di mana dia hanya makan satu tin ikan tuna dan sebiji epal setiap hari.

#3. Chris Pratt, Guardians of The Galaxy.

Chris Prat mengamalkan senaman selama 3 hingga 4 jam sehari. Beliau telah menurunkan berat badan sebanyak 60 paun dalam masa enam bulan. Marvel telah mendapatkan bantuan Duffy Gaver untuk menjadi pelatih peribadi kepada Chris Prat dan seorang pakar nutrisi, Phil Goglia.

Goglia telah menukar diet Chris, dengan mengambil kalori sebanyak 4,000 kalori setiap hari dan minum air yang banyak.

#4. Jake Gyllenhaal, Southpaw.

Gyllenhaal telah menambah berat otot sebanyak 15 paun untuk melakonkan watak ‘middleweight boxer‘ dalam filem Southpaw. Beliau telah menjalani senaman 6 jam setiap hari selama 6 bulan.

Beliau juga turut mendapat aktiviti senaman di Las Vegas Gym of Floyd Mayweather iaitu champion boxer. Direktor filem Southpaw iaitu Antoine Fuqua mengatakan beliau menunjukkan komitmen yang tinggi dalam lakonan dan meletakkan sepenuh jiwa dan raga dala filem ini. Gyllenhaal telah menghabiskan masa di dalam gym dan sangat komited kepada watak yang diambilnya.

#5. Jonah Hill, Maniac.

Berat Jonah Hill sering berubah-ubah sejak beberapa tahun lalu. Beliau telah menurunkan berat badan dalam filem aksi-komedi 22 Jump Street pada tahun 2014, tetapi telah naik 40 paun untuk watak di dalam War Dogs pada tahun 2016 bagi melakonkan watak penjual senjata Efraim Diveroli

Hari ini, Hill telah berjaya mengurangkan berat badannya. Bentuk badannya lebih kecil berbanding filem seperti Superbad, The Sitter dan This is the End. Beliau menunjukkan kemampuan beliau untuk membuat transformasi badan demi melakonkan sesebuah watak.

#6. Matthew McConaughey, Dallas Buyers Club.

Aspek terbaik tentang movie Dallas Buyers Club adalah disebabkan oleh lakonan Matthew McConaughey yang telah bertransformasi menjadi kurus. Beliau telah menurunkan berat badan sebanyak 40 paun demi filem tersebut yang berkisahkan seorang pesakit AIDS, Ron Woodroof.

#7. Natalie Portman, Black Swan.

Natalie Portman telah menjalani sesi latihan yang meletihkan demi lakonan sebagai seorang ballerina dalam filem Black Swan sehingga menyebabkan beliau rasa seperti akan mati.

Natalie portman yang berumur 29 tahun telah menurunkan berat badan sebanyak 20 paun dengan memakan seperti lobak merah. Beliau telah menghabiskan masa sepanjang 8 jam setiap hari semasa latihan. Portman telah memenangi Oscar untuk lakonanya yang menunjukkan cita-cita yang tinggi demi menjadi penari yang sempurna.

#8. Tom Hardy, Bronson.

Demi lakonan sebagai Charles Bronson, tiada jenis senaman yang spesifik yang dilakukan. Beliau hanya mengamalkan senama seperti press ups, pushups, abs work dan resistance training dengan bantuan Pnut iaitu seorang bekas tentera laut Amerika Syarikat.

Beliau sering melakukan seni latihan yang sama bagi memastikan otat dapat naik. Bagi melakonkan watak Charlie Bronson, saya perlu menaikkan berat pada tangan, dada dan juga leher.

#9. Jared Leto, Dallas Buyers Club.

Jared Leto telah menurunkan berat badan sebanyak 40 paun untuk melakonkan watak transeksual yang mempunyai AIDS dalam filem lakonan Dallas Buyers Club. Beliau telah berhenti makan, dan ianya bukan suatu yang mudah.

Beliau telah menurunkan berat badan hampir sebanyak 30 atau 40 paun. Berat badan beliau telah turn ke 114 paun untuk melakonkan watak Rayon. Bagi beliau, menurun berat badan dengan mendadak itu boleh memberi kesan kepada cara beliau berjalan, duduk dan juga cara berfikir. Ianya memberi kesan yang besar pada dirinya.

#10. Jared Leto, Chapter 27.

Demi wataknya sebagai Mark David Chapman di dalam filem Chapter 27, Leto telah menambah berat badan sebanyak 67 paun. Akhirnya penambahan berat badan yang drastik telah memberi kesan kepada dirinya apabila sehingga sukar untuk bergerak ke set penggambaran.

#11. Tom Hanks, Castaway.

Pelakon itu telah menaikkan berat badan sebanyak 50 paun (23 kilo) semasa awal penggambaran filem bagi menampakkan beliau sebagai seorang lelaki pertengahan umur.

Selepas itu Tom harus mengurangkan berat badan secara mendadak bagi melakonkan watak beliau ketika di atas pulau. Beliau tidak mencukur atau memotong rambut sepanjang 4 bulan tersebut. Beliau juga telah menurunkan berat badan sebanyak 55 paun dalam masa 4 bulan dengan mengunakan diet dan regim senaman yang sukar.

#12. Chris Hemsworth, In the Art of the Sea.

Chris Hemsworth telah menurunkan berat badan sebanyak 15 paun demi lakonan filem berlatarbelakang pantai. Ianya adalah berdasarkan filem sebenar, Hemsowrth memainkan watak sebagai Nelayan bernama Owen Chase. Selepas kapal mereka dimusnahkan oleh seekor ikan paus, Chase dan yang lain perlu meneruskan hidup di atas kapal dengan ketiadaan makanan.

#13. 50 Cent, All Things Fall Apart.

Rapper 50 Cent telah mengurangkan berat badan sebanyak 60 paun untuk melakonkan watak sebagai pemain bola keranjang yang didiagnos mempunyai kanser di dalam filem Things Fall Apart. Berat 50 Cent yang dalam lingkungan 214 paun telah memuat naik gambarnya yang hanya sebanyak 160 paun. Beliau telah mengunakan diet yang dipanggil liquid dan mengambil masa 3 jam di atas treadmill selama 9 minggu.

14. Shaheizy Sam

Bintang Utama Polis Evo (PE), Shaheizy Sam mengakui mengambil masa sekurang-kurangnya 10 bulan untuk mendapatkan bentuk badan kekar seperti sekarang.

Dia memulakan senaman sejak akhir tahun 2016 dan menjadikan ia sebagai rutin selain mengawal diet hariannya. “Tiada jalan singkat untuk berjaya. Untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti sekarang fokus dan semangat yang paling utama.

“Biarpun ada yang menuduh saya mengambil barang terlarang untuk sadohanya saya sahaja yang tahu cabarannya selama hampir setahun ini,” katanya.