“Jangan pandang kalau rasa baju pramugari seksi..” – Menteri Pengangkutan

“Kalau rasa menjolok mata jangan pandang”. Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada sidang parlimen semalam.

Isu tersebut dibangkitkan oleh ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang mempersoalkan tentang etika pakaian pramugari yang kelihatan agak menjolok mata jika dibandingkan dengan pramugari yang berkhidmat di negara lain.

Namun pada pendapat Anthony, isu ini merupakan sesuatu perkara yang subjektif dan pakaian pramugari dan pramugara di Malaysia semuanya mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Tambah beliau, pihak syarikat berhak untuk memilih jenis pakaian yang akan dikenakan oleh pekerja mereka.

Seksi ke tidak?

Isu ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian netizen di laman sosial terutamanya Twitter dimana rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendapat Anthony.

Ini kerana mereka berpendapat bahawa Malaysia merupakan negara Islam, maka isu ini perlulah diambil serius dan jangan diperlekehkan.

Menutup aurat tuntutan Islam

Menteri perlu lebih bijak

Sama seperti menteri lama?

Berikutan daripada itu, Anthony Loke juga memberitahu bahawa tiada perancangan untuk mengubah peraturan sedia ada mengenai pakaian pramugari oleh pihak kementerian.

Tiada rancangan mengenai pakaian pramugari

Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Terdapat pelbagai adat, budaya, serta agama yang tinggal di sini. Oleh itu pihak kerajaan seharusnya meneliti semula dan membuat kajian berkenaan perkara ini agar tidak melukakan hati mana-mana pihak.

Sumber: Twitter, KiniTV

Sila tonton video: