Aku berdoa dgn menjual nama mak aku, Rezeki aku meliimpah ruah

Sedikit intro tentang aku. Aku seorang suri rumah dan mempunyai seorang anak kecil. Yang kedua coming soon Insyaallah September nanti. Aku tidak bekerja. Aku hanya berniaga cookies yang aku buat di rumah secara online.

Sebelum ni aku pernah terbaca satu kisah tentang seorang mak yang memesan kepada anaknya, kalau nak berdoa apa-apa, jual nama mak. Contoh kalau doa nak bawak suami atau isteri pergi umrah, doa macam ni “Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak suami / isteri aku pergi umrah. Semoga aku dapat bawak mak sekali”.

Kalau nak beli rumah, doa macam ni “Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku datang melawat nanti dia selesa”. Menurut maknya, insyaAllah doa tu naik serta merta tanpa hijab.

Si ibu tadi ada share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap dan gemuk. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik.

Sahabat-sahabat Nabi tanya pada dia macam mana dia boleh dapat isteri yang cantik sangat macam ni? Dia pun kata “Setiap hari aku berdoa pada Allah, Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”.

Dan aku pon cuba amalkan. Setiap hari. Sambil aku nak lintas jalan, sambil aku buat kerja rumah, sambil aku buat cookies. Doa aku semoga Allah murahkan rezeki aku agar aku dapat bantu mak aku.

Agar aku mampu buat mak aku hidup senang. Alhamdulillah. Setiap hari aku dapat tempahan cookies walaupon tak banyak. Aku mampu hulurkan wang belanja untuk mak dan keluarga aku di kampung.

Pagi tadi mak aku call tanya ada duit tak. Mak nak bayar amanah minggu ni. Adik pon kena beli uniform kolej. Boleh mak pinjam sikit. Insyaallah hujung minggu ni mak bayar balik. Aku terdiam tak tahu nak jawab apa. Aku sebak, macam mana aku nak tolong mak aku hari ni?

Dalam akaun aku cuma ada RM37.56 je. Aku berserah sesungguhnya. Dan aku terus merayu memohon “Ya Allah, kau limpahkanlah seluas luas rezeki untuk aku agar aku dapat senangkan mak aku Ya Allah. Ya Allah, murahkanlah rezeki aku hari ni supaya aku mampu bantu mak aku Ya Allah” berulang ulang kali aku berdoa.

Aku berdoa dengan menjual nama mak aku. Allahuakbar, ternyata Dia Maha Mendengar. Petangnya, dua orang vendor aku bankin duit sewa, agent cookies bankin duit cookies, customer doorgift langsaikan bayaran baki dan ada customer order cookies untuk raya siap bankin full payment. Aku terus sujud syukur. Hebat kuasaMu Ya Allah. Allah angkat doa aku.

Lepas ni bila nak doa boleh la selit nama mak yang mana masih ada mak. Kalau dah takde mak, gunalah nama ayah, nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat mertua dengan mak ayah kandung sama je takde beza pun. Tanpa doa dan restu mak ayah, tak kemana pun kita.

Min kongsikan tips murah rezeki. Semoga bermanfaat untuk semua.

Murah Rezeki. Semua manusia mahukan rezeki yang banyak melimpah ruah. Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup.

Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.

Rezeki, Allah yang pegang. Minta dengan Dia dulu..Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah. Ini 6 tips murah rezeki yang kita boleh amalkan setiap hari.

Amalan Yang Memudahkan Rezeki Datang

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1.Sentiasa Ingat Kepada Allah

Sentias ingat kepada Allah. Kita tahu bahawa Allah pemberi segala rezeki langit dan bumi. Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti selalu mengingati Allah sama ada dengan berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan kerana Dia.

2. Membantu Golongan Orang Miskin

Bila kita membantu lebih ramai orang miskin atau dalam kesusahan, Allah membantu kita berkali ganda.

3. Membantu Penuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah salah satu jihad dalam Islam. Bila kita membantu memudahkan seseorang untuk menuntut ilmu, in sha Allah, urusan kita juga turut dipermudahkanNya.

4. Bersyukur Atas Nikmat

Sebagai hamba Allah, kita mesti sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi. Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah kurniakan rezeki ke atas kita.

5. Bersedekah Secara Istiqamah

Bersedekah sedikit-sedikit secara berterusan itu lebih baik daripada sedekah banyak tapi sekali sekala sahaja. Tidak pernah rugi orang yang suka bersedekah.

6. Istighfar dan Bertaubat

Istighfar dan bertaubat setiap hari. Kita manusia biasa yang selalu berdosa. Tanpa sedar, dosa-dosa itu boleh menyempitkan rezeki kita. Oleh itu, pentingnya untuk sentiasa mohon ampun daripadaNya.

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama