DIY Kabinet Dapur Yang Cantik & Kemas Ini Dengan Bajet RM300 Je

Rumah yang lengkap dengan kabinet dapur merupakan idaman semua orang. Kabinet dapur dapat membantu menjimatkan ruang bagi tujuan penyimpanan barang agar kelihatan lebih tersusun. Namun, kos pembuatannya bukanlah murah ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit.

Di Facebook, individu ini kongsi cara DIY kabinet dapur dengan hanya RM300. Cara dan proses pemasangan pula mudah, cubalah!

DIY kabinet dapur serendah RM300

DIY KABINET DAPUR RM300 JER !

Assalamualaikum wbt. Disebabkan harge nk buat kabinet dapur tinggi mencecah 2k -3k. 10k pun ade. Nk jimat punye pasal. Setelah google2. Akhirnya saya mengambil langkah untuk buat sendiri. Simple je. 100% buat sendiri.

Nak cuba buat? Saya ade sertakan gambar2 projek kabinet dapur diy dari mula hingga siap. Ok sekarang dh siap kabinet dapur yg sy buat sendiri di rumah ku syurgaku. Kos tak mahal mana pun lah cuma perlukan kemahiran sikit. Isteri pun makin sayang.

Bahan yang diperlukan

Antara bahan2 yang sy gunakan:

– Kayu 1×2

– Papan playwood 4mm

– Kayu siling (utk bingkai)

– Engsel pintu

– Skru kayu 1 inci

– Siller + cat minyak + kertas pasir

– Pemegang pintu (pakai yg cantik sikit)

– Magnet pintu almari

Kos semua dlm RM300 lebih kurang. Jimat kan? Bagi sy jimat lah sb xde duit bnyk sgt nk buat grand2. Duduk kampung je.

Pastikan saiz diukur dengan betul

– Sebelum pergi beli barang2 tu elok ukur dulu saiz dan panjang serta catatkan banyak mana nk beli bkn ape nanti terlebih beli. Kalau boleh minimum kan kos die lagi baik.

– Mana2 suami yg pandai bertukang tu boleh lah buat sendiri je. Masa kalau buat tu 2 minggu boleh siap buat sikit2 lepas balik kerja dgn hari cuti.

– Bukan ape isteri suke sangat bile ade kabinet dapur sb die boleh isi mcm2 dlm tu. Takde lah nampak bersepah. Sekian perkongsian dari sy.

SUMBER: ALIFF MUHAMMAD