Inilah fungsi sebenar ‘Mirror Flip’ pada setiap kenderaan yang ramai masih tak tahu

Tahukah anda tuil atau suis cermin pandang belakang ialah ciri kereta yang paling jarang digunakan ramai pemandu? Sesetengahnya tidak tahu langsung fungsi suis berkenaan dan menganggap ciri itu sebagai tidak penting.

Sebenarnya, suis cermin pandang belakang berfungsi untuk mengurangkan silau cahaya yang berpunca daripada lampu kenderaan di belakang tanpa mengira pencahayaan suluh rendah (low-beam) atau tinggi (high-beam), ataupun lampu kabus dan limpah.

Apakah anda tahu bagaimana melaraskan posisi cermin pandang belakang yang betul? Dalam keadaan normal, suis cermin pandang belakang mesti berada dalam posisi ditolak ke belakang sebelum dilaraskan kedudukannya supaya selari dengan cermin belakang.

Jika memandu malam pula, anda perlu menarik suis cermin pandang belakang tersebut supaya permukaan cermin dapat dihalakan ke siling bumbung kereta.

Cara begini dapat mengurangkan silau cahaya yang dinyalakan pemandu lain di belakang. Di bawah ialah contoh lain bagaimana melaraskan posisi cermin pandang belakang. Tonton video di atas.

Ingat, flip ini bukan tempat menggantung pewangi botol atau pas kerja.Sila cuba dulu sebelum anda memandu, pasti anda akan tahu tujuan flip tersebut dipasang pada cermin dalam tu.

VIDEO

Mari kita lihat rakaman video di bawah tentang cara menggunakan suis cermin pandang belakang. Ya, selepas ini tidak perlu lagi mengamuk tidak tentu pasal kalau ada pemandu tiada sivik di belakang yang menyalakan lampu tinggi atau silau. Elakkan konfrontasi, beralahlah. Apakah dengan bergaduh atau melayan kerenah pemandu tidak berotak itu akan menyelesaikan masalah anda? Jadi, tekan pedal dan jangan stres!

1. LAMPU SULUH TINGGI

2. LAMPU SULUH RENDAH/NORMAL

Min kongsikan tips memandu waktu malam supaya kekal selamat sepanjang perjalanan

Cara bagus untuk mengelakkan kesesakan, tetapi mungkin sedikit berbahaya apabila keadaan menjadi semakin gelap. Pada waktu malam, jarak pandangan terhad. Anggaran jarak, pengecaman warna dan pandangan akan terjejas sebaik sahaja matahari terbenam.

Di sini ada beberapa tip berguna untuk mereka yang suka memandu pada waktu malam.

1. Sentiasa Peka

Ya, anda mungkin seorang pemandu yang bagus pada waktu malam. Tetapi jangan anggap semua orang sama seperti anda. Sentiasalah peka – periksa dengan teliti pergerakan kenderaan lain ketika anda melalui simpang atau berhenti, walaupun anda sudah berada di laluan betul.

Ambil sedikit masa melihat pergerakan kenderaan lain apabila lampu merah bertukar hijau, berikan lebih ruang kepada kenderaan lain. Ingat bahawa kenderaan mungkin kelihatan lebih jauh pada waktu malam berbanding jarak sebenarnya.

2. Jangan Mengantuk

Memandu dalam mengantuk bahayanya seperti memandu ketika mabuk. Ketidakupayaan kognitif selepas 18 jam berjaga sama dengan seseorang yang darahnya mempunyai kandungan alkohol (BAC) sebanyak 0.05%. Selepas 24 jam berjaga, ketidakupayaan sama seperti BAC 0.10%, lebih tinggi berbanding had dibenarkan oleh undang-undang.

Jika anda mula berasa penat, berhenti dan kemudian cari stesen minyak atau pusat rawat dan rehat di sepanjang lebuh raya. Berjalan, ambil udara segar atau tidur seketika. Tidur selama 20 hingga 30 minit boleh mengurangkan rasa penat.

3. Lampu Dalaman Kenderaan

Memandu dalam keadaan lampu pada panel papan pemuka kereta menyala dengan terang boleh mengurangkan keupayaan mata apabila melihat ke arah jalan yang gelap di hadapan.

Pastikan lampu papan pemuka dimalapkan dan padam lampu-lampu kecil ketika memandu.

4. Bersihkan Cermin Anda

Jalur-jalur pada cermin utama, tingkap dan cermin boleh mengakibatkan cahaya silau. Pastikan anda membersihkan cermin dengan kerap dan simpan sehelai kain lembut di poket pintu untuk digunakan.

5. Jangan Ikut Cahaya Lampu

Memandangtepat ke arah lampu kenderaan bertentangan akan menjejaskan pandangan anda pada waktu malam, biarpun selepas kereta itu sudah jauh pergi.

Cuba gunakan garis di sebelah kiri bahu jalan sebagai penanda untuk membantu anda berada di laluan yang betul ketika bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

6. Gunakan Lampu Tinggi Dengan Bijak

Jangan jadi pemandu yang membuatkan pemandu dari arah bertentangan silau kerana lampu tinggi yang anda pasang. Matikan lampu tinggi apabila ada kenderaan semakin hampir bagi membolehkan pemandu mempunyai pandangan lebih jelas.

7. Memandu Sendirian 

Memanduseorang diri pada waktu malam boleh membuatkan anda rasa sunyi. Tetapi dengan Sync, anda mempunyai banyak pilihan untuk mendengar muzik. Sama ada mendengar penstriman muzik daripada telefon pintar, dengar lagu kegemaran melalui peranti mudah alih yang dipadankan dengan SYNC atau mendapatkan saluran radio dan aplikasi podcast kegemaran anda. Dengan Sync, anda tidak akan rasa sunyi lagi.