Resepi Kuih Siput Rangup Tetapi Lembut Dengan Aroma Wangi

Resepi kuih siput semestinya tidak asing lagi di kalangan kita tambah-tambah masyarakat Melayu.Bila sebut sahaja kuih siput ini , pasti terbayang kenangan indah pada zaman kanak-kanak dalam membantu penyediaan kuih tradisional ini apabila menjelang hari raya.

Walaupun adunan untuk kuih siput ini ringkas sahaja tetapi langkah yang paling lama dan memenatkan adalah ketika menggentel adunan menjadi bentuk kecil. Acuan kuih siput yang dibeli digunakan secara maksima untuk cepat siap kan.

Cara buat kuih siput yang betul akan hasilkan kuih yang bukan sahaja lembut tetapi rangup walaupun telah lama disediakan.Jadi kami akan berikan anda resepi kuih siput yang sangat sedap dan boleh anda ikuti satu persatu.

Salah satu bahan utama yang penting dalam kuih siput adalah mentega.Untuk dapatkan kuih yang lembut, gunakan mentega yang ada jenama seperti Planta atau Puteri. Kebiasaan kuih siput yang dijual hanya guna mentega murah seperti Pelangi.Tu yang ada sesetengah kuih siput yang dijual sangat keras. Kuantiti mentega dalam adunan juga memainkan peranan.

Untuk penggunaan telur dalam adunan kuih siput,ianya terpulang pada anda.Kalau mahu boleh letak 2 biji jika gunakan 1 kilogram tepung gandum.Kalau tak nak pun takpe.

Bahan Resepi Kuih Siput Rangup Pedas :

* Minyak utk menggoreng

* 1 kilogram tepung gandum

* 4 sudu makan membukit tinggi mentega yang dicairkan

* Garam gula dan serbuk perasa secukup rasa

* 1 sudu makan serbuk kari

* 4 tangkai daun kari

Bahan Kisar

* 2 sudu teh jintan manis*

* 200 gram udang kering (goreng dengan sedikit minyak)*

* 15 tangkai  cili kering  @ * ikut kepedasan masing-masing.Nak lagi pedas tambah lada hidup

* 4 ulas bawang kecil saiz 20 sen lama *

* 2 ulas bawang putih *
Cara Penyediaan Resepi Kuih Siput Rangup :
#1: Kisar bahan yang bertanda dengan sedikit air. Jangan lupa goreng terlebih dahulu udang kering untuk lagi wangi aroma kuih siput anda.Sementara itu cairkan mentega tadi atas api kecil dan biarkan sejuk.

Sedapnya resepi kuih siput rangup ni.Selain tak serap minyak, rasanya yang rangup dan lembut di dalam memang best sangat.Tambah wangi dengan aroma daun kari

#2: Masukkan mentega cair yang telah sejuk sedikit demi sedikit ke dalam tepung yang telah dimasukkan rempah kari.Gaul sebati barulah masukkan bahan kisar sedikit demi seidikit. Uli hingga menjadi doh.Jika masih keras, baru masukkan sedikit air ya.Jangan lupa bahan kisar tadi sudah ada air di dalamnya.

#3: Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat  lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput.Ulang langkah ini sehingga doh habis.

#4: Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Masukkan kuih siput yang telah siap di gentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan. Daun kari masukkan waktu kuih siput hampir nak masak, kalau masuk awal terlalu garing daun kari tu atau hangit.Nanti tak sedap.

Sejukkan dan simpan kuih siput rangup ini dalam bekas udara.Memang berbaloi jika anda ikuti tips dan resepi kuih siput di atas.Selamat mencuba.

Sedapnya resepi kuih siput rangup ni.Selain tak serap minyak, rasanya yang rangup dan lembut di dalam memang best sangat.Tambah wangi dengan aroma daun kari