Cinta sampai ke akhir hayat, 69 tahun menunggu walau kekasih sudah tiada lagi

Seringkali kita mendengar perkataan ini, cinta sampai mati. Namun berapa ramai yang betul-betul hidup dengan kata-kata hikmat ini? Dalam filem, novel, dan cerpen-cerpen pendek sahaja cerita perkara sebegini selalunya berlaku, namun kali ini ianya merupakan kisah benar.

Kisah cinta Rosli Dhobi dan Hajah Ani

Cinta sampai ke akhir hayat, 69 tahun menunggu walau kekasih sudah tiada lagi

Kisah cinta Hajah Ani Binti Ali dan pejuang kemerdekaan negara, Rosli Dhobi sememangnya akan membuatkan air mata anda menitis. Kisah cinta mereka telah dikongsi oleh seorang lelaki yang bernama Syahril A. Kadir di laman Facebook.

Perjuangan Rosli hingga ke titisan darah terakhir

Cinta sampai ke akhir hayat, 69 tahun menunggu walau kekasih sudah tiada lagi

Seperti yang diketahui ramai, Rosli Dhobi telah dihukum gantung sampai mati pada 3 Disember 1949. Ini kerana Rosli dan rakan seperjuangan telah dituduh bersubahat dan membunuh Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart.

Kisah cinta yang sangat tragik

Cinta sampai ke akhir hayat, 69 tahun menunggu walau kekasih sudah tiada lagi

Menurut Syahril, Rosli juga manusia biasa yang mempunyai perasaan. Dan Hajah Ani Binti Ali merupakan cinta pertama dan terakhirnya. Percintaan mereka penuh dengan utusan surat dan jelingan mata, tidak seperti zaman kini. Namun cinta tidak kesampaian apabila Rosli dihukum mati.

Janji dengan nyawa kamek tunggu kitak!

Itulah kata-kata terakhir Rosli kepada Hajah Ani dan sehingga kini Hajah Ani lansung tidak pernah berkahwin walaupun sudah lebih 69 tahun Rosli meninggal dunia. Lebih menyedihkan apabila 28 Ogos 2018 lepas, Hajah Ani turut pergi kembali ke Illahi.

Allahu, inilah yang dikatakan dengan cinta sejati. Lebih 69 tahun menunggu dan tidak berkahwin, setianya cinta Hajah Ani terhadap Rosli. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh kedua Rosli dan Hajah Ani dicucuri rahmat Allah SWT. Al-Fatihah.

Sumber: Syahril A. Kadir