Peminat Bandingkan Cara Siti dan Shila Berdepan Dengan Isu

Minggu ni je peminat Datuk Siti agak tak keruan dan bengang dengan Shila Amzah disebabkan isu “No Brainer“. Bagi yang tak tahu, kontroversi ni tercetus bila salah seorang peserta Big Stage menyanyikan lagu Kpop masa dalam show tu dan ada seorang individu yang tak puas hati bila Tokti kata lagu yang dinyanyikan tu senang je.

Tapi apa yang menjadi perhatian bila Shila Amzah turut komen mengenai hal itu dan perkataan yang digunakan dikatakan sebagai rude. Sejak tu, Shila sering tweet bagi menjelaskan niatnya yang sebenar dan turut meminta maaf atas isu berkenaan.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Twitter, RI Fikri telah membandingkan cara kedua-dua penyanyi ini berdepan dengan isu. Katanya,

“Siti Nurhaliza vs Shila Amzah. Gambar dibawah menunjukkan cara seorang Diva dalam berdepan isu.”

Fikri mengatakan secara ringkasnya, pihak Siti Nurhaliza memang pandai menjaga kata-kata dan berhati-hati sebelum keluarkan apa-apa kenyataan. Hal ni sebab mereka nak elakkan keadaan menjadi semakin keruh.

Sebaliknya, Shila pula dikatakan tak henti-henti dan mengeluarkanstatement yang menimbulkan kemarahan netizen terutamanya peminat Siti Nurhaliza.

Memilih untuk diamkan diri atas rasa menghormati.

Dibandingkan pula dengan Shila Amzah…

Orang ramai bersetuju…

Tokti chill je takde keluar apa-apa statement.