Selepas Surutnya Air Yang Naik Semalam Muncul Pula Binatang Ini Yang Bersaiz Luarbiasa

Keadaan cuaca yang tidak menentu dan hampir hampir hari hari negeri dilanda hujan yang amat lebat. Dengan ramalan paras air laut akan semakin menaik dan disebabkan itu air yang datang dari laut akan mula melimpah ke darat seperti yang terjadi di Pantai Morib, Selangor semalam.

Video Air Laut Naik Tinggi Di Pantai Morib Selangor

Pagi (12hb Oct) tular di media sosial beberapa rakaman video menunjukkan air laut naik tinggi di persisiran pantai Morib, Selangor.

Fenomena air pasang ini adalah satu kejadian biasa tetapi kali ini ianya agak berbeza apabila air yang naik memang tinggi dan berbeza dengan sebelum ini.

Semoga semua penduduk di kawasan sekitar mengambil langkah berjaga jaga dan bersedia sebarang kemungkinan.

Sesuatu muncul selepas air surut.

Rakaman video ini diambil dari salah sebuah laman Facebook bernama KMV Kisah Mancing Viral. Video yang berdurasi 1 minit 10 saat itu pada mulanya dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Jordan Ng.

Didalam rakaman video tersebut kelihatan seekor ikan besar yang boleh dikatakan saiz luarbiasa terdampar di atas tanah selepas air surut.

Kelihatan seperti ikan keli dan lokasi yang diberitahu seperti di Tasik Titiwangsa. Menurut laman Facebook KMV Kisah Mancing Viral ikan ini muncul selepas air yang datang dari Sungai Klang surut.

Kelihatan 2 lelaki cuba menangkap ikan tersebut tetapi disebabkan saiz yang agak besar menyukarkan proses penangkapan.

Mari lihat video tersebut.