Inilah Biodata Syahmi Safari, Wira Negara Ketika Menumbangkan Thailand Semalam

Biodata Syahmi Safari

Muhammad Syahmi bin Safari (dilahirkan pada 2 Februari 1998) ialah pemain bola sepak dari Malaysia dan kini bermain untuk pasukan Selangor, Malaysia B-23 Dan Skuad senior negara.

Nama penuh : Muhammad Syahmi bin Safari

Tarikh lahir :2 Februari 1998 (umur 20)

Tempat lahir: Selangor, Malaysia

Ketinggian: 1.69 m

Posisi permainan: Tengah, Pertahanan kanan

Kelab terkini: Selangor

Nombor : 20

Kerjaya remaja

2012–2013: Sekolah Sukan Bukit Jalil

2013–2014: Harimau Muda C

2013–2014: Selangor B-19

Beliau ialah seorang daripada beberapa pemain muda skuad Piala Presiden Selangor yang diserap ke skuad senior bagi mengharungi kempen Liga Super bagi musim 2017.

Bukan c4lang- c4lang orangnya, patutlah hebat dan mewakili negara ketika masih muda, beliau merupakan bekas ketua pasukan kebangsaan Malaysia (Bawah 19). Beliau juga memilih untuk menutup aurat ketika bermain bola mewakili selangor dan negara.

Sebelum ini, Kosmo pernah melaporkan, Pemain remaja berbakat, Mohd. Syahmi Safari mengakui peluang menyarung jersi keramat Merah Kuningbagi musim 2017 umpama mimpi menjadi kenyataan.

Dia kini berharap agar keputusan tersebut akan melonjakkan lagi tahap permainannya selain membantu skuad Selangor mencabar gelaran Liga Super tahun ini.

Syahmi yang juga merupakan ketua pasukan skuad bawah 19 (B-19) tahun kebangsaan percaya dia bersedia untuk menggalas tugas sebagai pemain utama memandangkan pengalamannya beraksi di pentas antarabangsa ketika di bawah kendalian Frank Bernhardt untuk pasukan B-19 dan Projek Sukan SEA 2017 tahun lepas.

Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu mengakui jurang antara kejohanan peringkat junior dan Piala Presiden adalah sangat besar jika dibandingkan dengan aksi Liga Super tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk merebut tempat khususnya dalam kesebelasan utama.

Memang besar perbezaan antara Liga Super dan Piala Presiden tetapi saya tidak terkejut dan tertekan kerana pernah mendapat pendedahan dengan perlawanan antarabangsa kompetitif dan saya percaya pengalaman tersebut dapat membantu saya beraksi pada peringkat senior.

Apa yang penting, saya diterima baik oleh rakan-rakan sepasukan khususnya pemain senior kerana mereka banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan sejak diserapkan dalam skuad utama dalam kempen pramusim bermula dua minggu lepas,katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Sebagai rekod, Syahmi merupakan salah seorang daripada lapan pemain Piala Presiden yang dinaikkan pangkat oleh pengendali baharu skuad Gergasi Merah, P. Maniam selain daripada K. Kannan, A. Namathevan dan Muhd. Amir Asyraf Azhari.

Pemain kelahiran Kuala Selangor itu telah menjadi pilihan Maniam pada dua perlawanan persahabatan ketika menentang Sime Darby FC dan PDRM FA untuk mengisi posisi sayap kanan milik pemain import dari Indonesia, Andik Vermansyah yang masih belum pulang ekoran mengalami kecederaan.

Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi saya peluang dan meletakkan kepercayaan kepada saya. Justeru, saya akui keyakinan untuk beraksi semakin meningkat tetapi saya perlu bekerja keras lagi khususnya pada sesi latihan untuk membuktikan saya layak dalam kesebelasan utama.

Secara keseluruhan, kebolehan beraksi di pelbagai posisi seperti pemain pertahanan atau di bahagian tengah merupakan kelebihan saya dan saya akan bersedia dari segi mental dan fizikal sekiranya saya diarahkan bermain pada perlawanan liga nanti, jelasnya lagi.

Juara Piala Malaysia 33 kali itu akan memulakan kempen liga apabila dijadualkan bertemu Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 21 Januari ini.