Inilah 8 Pemain Bolasepak Yang Sudah Bergelar Artis.

1.) Fizo Omar (Bekas Pemain Perlis & UITM Arau)

Wan Hafizol Wan Omar mungkin ramai yang tidak kenal..tetapi jika disebut nama Fizo Omar pasti tidak lekang dari mulut untuk berbicara mengenainya.Untuk pengetahuan semua,Fizo ialah bekas pemain bola sepak liga super perlis tahun 2004.. final piala malaysia 2004 kedah lawan perlis rasanya dia dalam senarai pemain simpanan skuad perlis..

juara kali pertama.. zaman remaja & sekolah pernah mewakili skuad kelantan & malaysia..Fizo pernah mewakili skuad kebangsaan dan negeri apabila beraksi dengan pasukan Kelantan, Perlis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Fizo terpaksa melupakan hasrat beraksi dengan pasukan apabila memilih aktif dalam bidang lakonan.

2.) Aiman Hakim Redza ( Selangor U12 & Malaysia U-17 )

2001–2005: Kerjaya bola sepak

Sebelum menyertai bidang seni, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Beliau pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.

Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo. [perlu rujukan] Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.

3.) Jep Sepahtu ( Johor – U12 )

Mohd Nadzri bin Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu[1] (lahir 9 April 1985) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara tersohor di Malaysia. Beliau seorang pelawak yang aktif dalam bidang seni bersama Shuib bergabung bawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu.

Beliau ialah bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Selepas mereka bertiga berpisah, Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu yang hanya dianggotai Shuib, juga bekas anggota Kumpulan Sepah.

Jep Sepahtu juga ialah pemenang bagi sebuah rancangan improvisasi Super Spontan 2013[2] dan pernah menewaskan pelawak popular yang lain dalam usahanya memenangi Artis Lawak Lelaki Paling Popular[3] di Anugerah Lawak Warna yang dibuat julung kalinya oleh Astro untuk mengiktiraf dan menghargai usaha pelawak negara.

Beberapa hari selepas itu, Jep terus disunting oleh pihak M7 sebagai duta baru produk itu.[4] kemudian beliau di sunting menjadi duta Jakel untuk koleksi jubah dan Baju Melayu pada tahun 2016. Beliau juga merupakan pemain pasukan Super Lawak FC.

Jep menjadi pengacara Program lawak iaitu Skool Of Lawak bersama Johan Raja Lawak yang bersiaran di Astro Warna. Beliau juga menjadi penyampai radio di Sinarfm untuk segmen Pagi di Sinar bersama Rahim R2 dan Angah Raja Lawak, yang sebelum ini segmen pagi dikenali sebagai Sepahtu Sinar.

4.) Zaquan Adha ( Kuala Lumpur FA )

Bintang bola sepak popular Zaquan Adha menegaskan pembabitannya dalam dunia lakonan bukan kerana beralih arah dari bidang sukan.

Zaquan, 29, sekadar menerima tawaran demi memenuhi tuntutan sebagai duta sebuah iklan komersial.

“Ada yang tanya sudah tak laku lagi ker main bola?

“Jawab saya bola sepak masih menjadi keutamaan sebab saya tahu saya tidak berbakat untuk menjadi pelakon.

“Cuma kalau setakat berlakon iklan bolehlah sikit-sikit sebab babak tak banyak. Hendak berlakon serius itu tidaklah,” katanya yang menolak beberapa tawaran berlakon sebelum ini.

Suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu dipilih menjadi duta untuk kempen Terima Kasih TV3 & TV9 sempena program ramadan tahun ini.

Beberapa hari lalu, sepotong vide0 tvlar di med1a sos1al yang memaparkan lakonan Zaquan di samping Elfira Loy.

Bagaimanapun, teaser itu hanya promosi kempen Ramadan Raya stesen televisyen tersebut.

Pemain pasukan Perak itu menyangkal dakwaan menolak tawaran berlakon disebabkan enggan terbabit dengan kontroversi dan gosip liar.

“Tak berlakon pun ada gosip. Bagi saya kalau pandai bawa diri, segala gosip boleh dikendalikan dengan baik,” jelasnya.

5.) Mahali Jasuli ( PKNS FC )

Masa tengah tengok vide0 kat youtube tadi terjumpa lak vide0 ni “Mahali Jasuli berlakon dalam drama Bola Cinta TV2”. Caya lah Encik Malik, eh silap Mahali…

Sedikit Nasihat Mahali Jasuli yang patut diikuti Bermain berm4ti-m4tian (bersungguh-sungguh)

Percaya pada diri sendiri.

Yang penting Keyakinan.

6.) Qody Mentor (Kedah U-21)

7.) Shahrul AF 2015 ( Negeri Sembilan U-21)

8.) Safee Sali (PKNS FC)

Penyerang Sensasi Malaysia Safee Sali, menerima tawaran sebagai pelakon undangan tetap daripada stesen televisyen Indonesia, Transit7 selepas membuat penampilan sulung sejam dalam sitkom Opera Van Java.