‘Bunyi guruh kuat dan panjang, sampai bergegar rumah’

“Sampai bergegar siling rumah,” demikian kata netizen yang mendakwa rumahnya bergegar berikutan bunyi getaran yang kuat dipercayai guruh ketika waktu maghrib, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam – 8.00 malam, bunyi guruh itu bukanlah bunyi guruh yang biasa, tetapi ia berbunyi lebih lama sebanyak dua kali.

Insiden itu turut dirasai di beberapa tempat seperti di Putra Perdana, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Puncak Alam, Puncak Jalil, Klang, Banting, Sepang, Petaling Jaya, Bangi dan kawasan sekitar yang berdekatan.

Ada yang menyangka insiden itu merupakan tanda-tanda gempa bumi, tidak kurang juga membuat spekulasi mendakwa angkara HAARP.

Namun dalam kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan pada jam 8.10 malam tadi memaklumkan akan berlaku ribut petir di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5.20 pagi tadi, cuaca ribut dan petir akan terus berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak sehingga jam 8 pagi tadi.

Di media sosial, netizen turut berkongsi beberapa gambar yang sempat dirakam.

Sehingga kini, masih tiada sebarang penjelasan mengenai insiden itu.

Malam tadi semua penduduk area KL dan Puchong jadi gempar ketakutan apabila wujud bunyi guruh yang kuat dan lama. Hasil siasatan, ada netizen sempat merakam fenomena tersebut dan terkejut bila nampak “sesuatu”. Ada gambar dan video. Subhanallah.

OBJEK MISTERI BERSAMA CAHAYA KILAT DI LANGIT

Video ada di hujung artikel. Bunyi kuat semasa petir sabung menyabung malam tadi terasa seperti gegaran gempa bumi di beberapa kawasan di Lembah Klang.

Ia dikatakan berlaku serentak terutama kawasan sekitar Cyberjaya, Putrajaya, Puchong dan Sijangkang semasa hujan lebat sepanjang malam tadi.

Beberapa kawasan perumahan menjadi kecoh apabila banyak sistem penggera kereta berbunyi semasa berlaku insiden itu.

Situasi itu kemudian tular di media sosial.

Malah ada juga netizen di sesetengah tempat merasa gegaran yang agak kuat kira-kira pukul 8 malam selepas petir sabung menyabung yang agak panjang dan luar biasa.

Bagaimanapun tidak ada laporan gempa bumi dilaporkan pihak berkuasa setakat ini.

Namun ada seorang penduduk sempat merakam fenomena guruh kuat pelik yang berlaku di Puchong dah kawasan sekitarnya. Eksklusif ni tau.

Semoga kejadian seperti ini akan menghadirkan keinsafan kepada diri untuk kembali beriman dengan menunaikan solat dan perkara amal makruf nahi mungkar insyaAllah. Ada hikmahnya. Jangan lupa untuk SHARE artikel ni kepada yang lain. Terima kasih.

Video Kilat Pelik Seram Di Langit KL 31 Julai 2018