Ingat doktor sengaja suruh cairkan darah isteri kau?’ – Wanita ini selar lelaki mengamuk enggan hantar isteri untuk suntikan cairkan darah

Suntikan heparin atau dikenali sebagai suntikan mencairkan darah diwajibkan ke atas wanita yang bersalin melalui pembedahan. Rata-rata wanita berasa gerun apabila mendengar suntikan ini apatah lagi suntikan ini ada yang mengatakan perlu dilakukan sendiri. Difahamkan, suntikan ini dikenakan kepada ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan semasa tahun 2015 lagi.

Jika suntikan ini tidak diambil, kesan sampingan akan terjadi kepada ibu tersebut sehingga membawa kepada kematian. Tetapi, suntikan ini seperti dipandang remeh oleh seorang suami yang dikatakan mengamuk apabila tidak mahu menghantar isterinya untuk mendapatkan suntikan ini.

Kheyr Hameed melalui statusnya di Facebook, menyelar tindakan suami seperti ini dan menganggap lelaki tersebut tidak prihatin dengan kesihatan isterinya.

MADAM dapat kes suami mengamuk tak nak hantar isteri untuk suntikan cairkan darah di hospital. Isteri baru bersalin beberapa hari secara c-sec dan diarahkan doktor untuk suntikan. Apa masalah nak mengamuk pun tak faham. Rasanya lelaki Melayu ni memang sinonim dengan amuk agaknya.

Wahai para suami terutama yang isterinya bersalin secara c-sec, ketahuilah bahawa setiap tahun di Malaysia, ada 13 atau 14 ibu bersalin meninggal dunia disebabkan darah beku dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism). Dalam 100 kematian ibu bersalin di Malaysia, 60 orang disebabkan pulmonary embolism. Risiko kematian ibu Melayu lebih tinggi berbanding ibu lain.

Kadar kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism ialah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kematian ibu di Eropah.

Pertama sekali, semua ibu dan ayah patut tahu yang kepekatan darah akan meningkat dalam saluran darah ibu hamil, sebab hormon ibu hamil akan merangsangkan badan menghasilkan lebih protein yang memekatkan darah. Tujuan memekatkan darah ialah untuk melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah berlebihan selepas bersalin.

Kepekatan darah inilah punca kenapa risiko ibu hamil mendapat darah beku jadi 6 kali ganda lebih tinggi daripada wanita tidak hamil. Selepas bersalin, kepekatan darah masih tinggi pada 6 minggu berpantang.

Masalah mendapat pembekuan darah ini 5 kali ganda lebih tinggi selepas bersalin apabila dibandingkan sebelum bersalin. Terdapat perubahan kandungan air dalam saluran darah selepas bersalin yang menyebabkan darah jadi lebih pekat. Risiko paling tinggi sekali ialah pada tiga minggu pertama selepas bersalin.

Jadi, jangan ingat lepas je isteri uols meneran atau c-sec keluar baby, semua dah okey. Tolonglah ye alert hal-hal kesihatan post natal isteri. Bukan sahaja fizikal mereka tetapi juga emosi dan mental.

Kau ingat doktor sengaja suruh cairkan darah macam tu kalau tak demi kesihatan? Akai ada ka??? Sukati kau je nak meroyan. Untung dapat isteri baik. Kalau dapat yang jenis geng setan, dah lama kau makan nasi kangkang sebab kuat meroyan.

Sumber: Kheyr Hameed