Cuba dengar bunyi tu, nak best lagi pakai earphone. Memang meremang bulu roma wehh

Makhluk halus menurut Al Quran dan sunnah

Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.

Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:

“AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada malaikat. Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhluk-makhluk selain malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan penerangan khusus mengenainya.

Bunyi seram dari sebuah dewan berjaya dirakam. Memang meremang bulu roma wehh

Sebuah video seram suara perempuan menangis pantas menjadi tular di media sosial. Melalui video yang dirakam itu, jelas kedenganran suara perempuan menangis, meratap dan mengilai. Perakam video tersebut cuba mencari-cari dari mana suara tersebut datang, tapi ternyata gagal. Jika diamati video tersebut kelihatan terdapat sosok aneh dalam dewan tersebut. Apa paun yang berlaku, kita tidak dapat nafikan kewujudan makhluk2 ghaib seperti ini.

Berikut beberapa komen dan pandangan dari netizan berkenaan video ini

Ashraff Raff: Aku tak seram langsung dgr. Sbb suara hantu tu kasar sngt macam suara sajat.. hahahahahaha

Faizal Tapoo: Tertanya2 mana hilangnyee menteri LGBT nobita sejak pic tersebar….nyorok kt umah kee

Wan Azhan :Orang paling bodoh di dunia adalah orang yg takut hantu….
Hantu tu yg penakut…acah2 main nyorok2 je.

Nasrul Mohamad: Maybe ada rancangan i can see your voice versi hantu…tu peserta penyamar yang bersuara sumbang la tu

VIDEO: