Seorang Netizen Tanya Dr Sheikh Muszaphar Betul Ke Dia Dengar Laungan Azan Semasa Di Angkasa Lepas, Ini JAWAPAN Beliau

Baru-baru bini Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi gambar ‘throwback’ beliau sewaktu berada di angkasa lepas, gambar di mana ia di ambil dalam kapal angkasa Soyuz.

Gambar tersebut telah mendapat 21 ribu like lebih dan 478 komen, rata-rata netizen mengucapkan bangga dengan pencapaian belaiau yang membawa nama negara sebagai angkawan pertama Malaysia.

Apa yang menarik adalah, salah seorang netizen yang menulis komen telah bertanya kepada Dr Sheikh Muszaphar betul kah beliau telah mendengar laungan azan sewaktu berada di angkasa lepas seperti yang tular sebelum ini.

” alyanzm_Dr it is true? did you hear the voice like laungan azan while u were in the space?” tanya netizen tersebut.

Dan mengejutkan apabila Dr. Sheikh telah memberi respon kepada soalan tersebut.

” drsheikhmuszaphar @alyanzm_I did..”

Itu jawapan ringkas dan penuh jujur dari Dr Sheikh Muszaphar. Subhanallah, jika sebelum ini kita hanya mendengar cerita yang tular di media sosial tanpa pengesahan dari beliau sendiri, kini kita sudah mendapat jawapannya.

Sementara itu komen dan jawapan dari Dr Sheikh Muszaphar tersebut telah mendapat perhatian Pencetus Ummah, PU Amin. Beliau dilihat memuat naik komen dan jawapan balas dari Dr Sheikh Muszaphar tersebut.

Entri oleh PU Amin itu lantas mendapat respon dari netizen dengan  9 ribu lebih likes dan 66 komen. Berikut adalah kapsyen beliau;
” Suara azan dapat didengari hingga ke angkasa lepas. Subhanallah, bukti kekuasaan Allah, bukti keberkatan Azan. Hadiah dan bonus istimewa buat para bilal di dunia ini. Allah Allah Allah, hebat laungan Azan @drsheikhmuszaphar..”

Sementara itu, memetik laporan sebuah akhabar yang membuat liputan tentang kisah Dr Sheikh Muszaphar Shukor sewaktu beliau di angkasa lepas.

Sebut sahaja nama Dr Sheikh Muszaphar Shukor pasti ramai yang mengenali beliau. Manakan tidak, beliau merupakan angkawasan negara yang berjaya mencipta sejarah pergi ke angkasa lepas pada 2007.

Dalam Instagram (IG) miliknya, beliau berkongsi beberapa keping gambar serta video sepanjang beliau menjalani projek besar tersebut yang belum pernah disiarkan di mana-mana pihak sebelum ini.

” Oktober merupakan bulan angkasa bagi saya dan saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa footage yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Solat, makanan, eksperimen, Al-Quran di angkasan dan banyak lagi… Jadi sepanjang minggu depan saya akan kongsikan pengalaman saya berada di angkasa pada 2007,” tulis.

Bagaimanapun selain Sheikh Muszaphar sendiri, pada tarikh tersebut turut diingati oleh para pengikut dan turut melahirkan rasa bangga mereka terhadap beliau.

” Kalau bulan 10 saya mesti teringat datuk naik ke ISS sebab masa tu saya tengah mengandung,” tulis mariamkhalidlive

” Pertama kali saya tengok dr 2008… dr datang ke sekolah menengah saya di Jitra, Kedah. Memang teruja sangat dapat jumpa. Saya masih simpan buku dr dan paling istimewa dr tandatangan dekat buku itu,” tulis amirahzairy91

” @acanisz waktu tengah raya dekat rumah sedara, tengok TV dr tengah siaran lansung dari angkasa,” tulis Hihuazurajujuberg

” @drsheikhmuszaphar idolalah, angkasawan sudah jadi cita-cita saya dari 6 tahun,” tulis waniessml

” Masa ini saya darjah dua, dan saya minat gila dekat dr. Masa itu dan saya akan beli suratkhabar pakai duit belanja sekolah semata-mata untuk gunting dan kumpul gambar dr,” tulis azreeyn.

” Ingat lagi satu keluarga duduk depan tv countdown sebelum dr berlepas,” tulis qistinamazlan.

” Walupun Astro ulang 10 kali sehari masa itu pun masih tengok tanpa jemu… teruja tengok angkasawan ke angkasa lepasm,” tulis aliahalim.