Detik-detik Menyeramkan Budak Kecil Diculik Syaitan Dirakam CCTV. Sukar untuk dijelaskan!

Paparan dalam video kali ini agak menyeramkan.Tidak dapat dpastikan di mana kejadian pelik ini berlaku.Namun tidak kira di mana ia berlaku, persoalannya apa yang sebenarnya terjadi.

Kelihatan seorang budak kecil dalam lingkungan umur 2-4 tahun yang ditinggalkan bermain sendirian di dalam bilik. Budak itu sedang meniarap di atas lantai di tepi sebuah katil sambil kelihatanya seperti menyanyi-nyanyi.

Di dalam bilik itu terdapat CCTV yang dipasang ibu bapanya untuk memantau pergerakan anaknya itu.

Namun sedang asyik bermain sendirian,tidak semena-mena tiba-tiba ternampak satu huluran tangan hitam yang berkuku panjang keluar perlahan dari bawah katil di tepinya dan menarik kanak kanak itu dengan rakus dan kasar masuk ke bawah katil.

Tidak mungkin ada ibu bapa yang mahu berguarau dengan anak kecilnya dengan sebegitu kasar.Perkara itu agak mustahil.Justeru, apa sebenarnya yang terjadi dan siapakah pemilik tangan hitam berkuku panjang itu?

Persoalan itu masih belum dapat dijelaskan sehingga kini.Malah ibu bapa kanak kanak itu juga masih kebingungan mencari jawapanya.Ini membuatkan mereka merasa takut dan risau untuk meningglkan anak mereka sendirian lagi walau pun untuk seketika.

Walau apa pun pandangan kita, kita perlu akui bahawa jin dan syaitan itu benar-benar wujud.Tapi yang lebih berkuasa sudah tentu Allah Yang Maha Esa.Wallahualam.

Sila Like FB Fanpage VIDEO BIKIN PANAS untuk lebih banyak video menarik.

Sila tonton video: