GEMPAR! “Disentuh” Jin Ketika Menonton Munafik 2

Selepas mengutip RM30 juta hanya dalam masa 10 hari tayangan, kini gempar dengan kejadian-kejadian aneh penonton di “sentuh” jin ketika menonton cerita Munafik 2 di pawagam.

Meringis dan meraung kepanasan

Di Twitter, gempar apabila seorang lelaki meraung ‘Panas panas’ seolah-olah dia sedang dirasuk oleh sesuatu. Lelaki tersebut terbaring dan meringis kesakitan dan orang ramai yang ada di tempat kejadian turut terkejut dengan kejadian itu. Nasib baik ada yang sempat rakam!

Dikatakan kejadian tu berlaku ketika penonton belum sempat habis menonton filem tersebut di sebuah pusat membeli belah di Kerteh Terengganu, semalam. Bayangkan, belum sempat habis dah jadi benda pelik-pelik macam ni…seramnya!

Buang jin dalam badan manusia

Ada yang mengatakan, kehebatan ayat suci Al-Quran termasuk ayat Ruqyah’ yang digunakan untuk membuang jin dalam badan manusia.

Video :

Netizen-netizen di Twitter juga turut memberi komen tentang kejadian yang berlaku disebabkan kehebatan ayat suci tersebut.

Pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof pun turut memberi komen tentang kejadian ni. Katanya memang bukan gimik dan bukan dari dia atau pihak produksi.