Doakan Kesihatan Terbaik Untuk Pak Lah

Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat akibat jatuh baru-baru ini.

Beliau mengalami kecederaan patah tulang pinggul dan lutut kanan,namun telah berjaya dirawat oleh doktor.

“Kini beliau kembali boleh berjalan dalam keadaan yang perlahan dan kesakitan. Tekanan darahnya normal, selera makin masih dalam keadaan baik.

“Namun, doktor tidak penah menyebut mengenai penyakit alzheimer. Isterinya, Tun Jeanne Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap kesihatan suaminya,” kata kenyataan Pejabat Abdullah pada Isnin.

Gambar Pak Lah yang dikirimkan turut menunjukkan Bekas Perdana Menteri Kelima berada dalam keadaan yang sihat.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Pak Lah kembali sihat seperti sedia kala.

Sebelum ini, Abdullah yang lebih mesra disapa Pak Lah itu mendedahkan beliau menghidapi penyakit Apnea tidur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA).

Apnea tidur adalah sejenis penyakit masalah gangguan tidur yang disebabkan oleh obstruksi saluran nafas.

“Doktor mengingatkan saya agar mengambil perkara ini dengan serius. Saya kemudian membuat keputusan pergi ke Australia (pada tahun 2007) untuk membuat pembedahan mengeluarkan polip (ketumbuhan) dari dalam hidung saya,” katanya.

Semoga Allah memberikan kesihatan kepada beliau. Jasa beliau kepada negara dan juga kesabaran sebagai seorang negarawan, amatlah terpuji. Kami sentiasa mendoakan kesihatan Tun Pak Lah.

Amin.