“Sudah Hilang Kesucian. Perlukah Wanita Beritahu Bakal Suami ?”- Ustaz Azhar Idrus

Soalan:

Adakah perlu seorang wanita memberitahu bakal suaminya yang dia sudak tidak suci lagi sebelum kahwin?

Jawapannya:

Bagi mana-mana wanita yang sudah tiada keperawanan tidak wajib beritahu kepada bakal suami. Setelah berkahwin pun tidak digalakkan memberitahu suami atas sebab perkara tersebut boleh membawa kepada kehancuran sebuah rumahtangga atau ikatan yang akan dilangsungkan.

Tugas lelaki/suami ialah perlu merisik. Beliau harus bertanya orang perangai bakal tunangnya. Setelah itu serah kepada Allah. Kerana kita perlu ingat walau secantik mana pun seseorang itu, dia pasti ada kelemahannya tersendiri. Setiap ikatan perkahwinan bererti penyatuan 2 insan untuk menampung kekurangan satu sama lain. Tidak ada yang sempurna kerana kesempurnaan letaknya di jannah kelak.

Jangan mengaku berzina.Kenapa? Pertamanya; Untuk menutup dosa dan aib kita. Kedua; Untuk menggalakkan kita supaya sentiasa mencari Allah SWT dan bertaubat kepadanya dan ketiga; untuk mengelak berlakunya kemudaratan kepada orang yang bertaubat atau ingin bertaubat iaitu kehancuran rumahtangga.

Apabila Ma’iz Al-Aslami (sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya) berjumpa dengan Nabi SAW dan membuat pengakuan zina dengan berkata ” Ya Rasulullah, Inni zanaitu” (sesungguhnya aku telah berzina), baginda berpaling daripada Ma’iz, walaupun Ma’iz mengaku berkali-kali. Sehingga sebahagian fuqaha menjadikan hadith ini sebagai dalil bahawa tidak digalakkan mengaku berzina!

Nawawi, ulama’ terkenal dalam mazhab Imam Shafie, telah menulis dalam kitab “Raudhah”, dengan katanya, “Sesiapa yang telah terlibat dengan perkara buruk dan dosa, maka disunatkan kepadanya untuk menutup kesalahannya itu.

Video: