‘Hujan Ribut Pun Buat Kelas’ – Dari 39 org, hanya 4 lulus.Bila result keluar semalam lain pula ceritanya

Semalam murid-murid tahun 6, 2018 sudah pun memperoleh keputusan peperiksaan UPSR masing-masing. Apa pun keputusannya, itulah rezeki yang telah tuhan tentukan untuk anak-anak kita.

Rezeki juga berkait dengan usaha. Usaha yang bagaimana, sungguh-sungguh kah atau apa. Dan akhirnya berbalik kembali kepada rezeki yang tuhan beri. Kerana Allah itu Maha Pemberi Rezeki.

Cerita 39 orang murid yang mengambil subjek Matematik UPSR di bawah bimbingan guru Mohd Fadli Salleh ini cukup indah perjalanannya.

‘Hujan Ribut Pun Buat Kelas’ – Dari 39 org, hanya 4 lulus.Bila result keluar semalam lain pula ceritanya

Hari hujan. Biar pun kebasahan, namun kelas tetap JALAN!

Asalnya Cuma 4 Pelajar Lulus Matematik..

Ini murid kelas 6 Aktif. 39 orang semuanya. Aku ambil alih kelas ini untuk ajar Matematik pada pertengahan April 2018.

Guru Matematik mereka beranak dan guru pengganti pula keguguran. Dari situ aku bermula. Jujur aku kata, keputusan mereka sangat tidak memuaskan.

Peperiksaan pertengahan tahun, hanya 4 orang dari 39 orang yang lulus. Ya, hanya 4 orang sahaja yang LULUS manakala 35 orang lagi GAGAL!

Dan masuk bulan 6 tapi hanya 4 orang yang lulus dari 39 orang adalah satu malapetaka bagi seorang guru. Berbaki 3 bulan sebelum UPSR sebenar.

35 orang yang tak lulus itu hanya 6 orang nearmiss, hampir lulus dengan markah lebih 30%. Bakinya, majoritinya markah mereka kurang dari 20%.

Seram ya ampun tak boleh nak cerita kat orang perasaan aku.

‘Hujan Ribut Pun Buat Kelas’ – Dari 39 org, hanya 4 lulus.Bila result keluar semalam lain pula ceritanya

Cikgu Terus Beri Kata Semangat, Hujan Ribut Pun Buat Kelas

Namun aku tak pernah pandang rendah pada mereka. Aku terus bagi kata-kata motivasi dan semangat.

Kelas tambahan pula aku buat 3x ganda lebih dari kelas lain. Petang, malam, hujung minggu, semua aku hentam.

Hujan ribut pun jalan juga. Aku pergi kursus sehari pun, petangnya aku kembali ke sekolah untuk ajar dan ajar lagi.

Penat memang penat. Perit memang perit. Letih memang letih. Namun itu pengorbanan yang perlu dilakukan demi sebuah kejayaan.

Cara apa aku tak guna. Segala cara mengajar aku guna. Cara baik, cara kasar, cara lembut, cara keras. Semua aku guna pakai.

Dan tadi hari keputusan UPSR diumumkan.

‘Hujan Ribut Pun Buat Kelas’ – Dari 39 org, hanya 4 lulus.Bila result keluar semalam lain pula ceritanya

Ini Hasil Yang 39 Murid Peroleh..

Dari 39 orang murid, hanya seorang yang gagal Matematik. 38 orang murid lagi lulus. Alhamdulillah.

Ada yang dari D terus pergi A. Ada yang sebelum ini E, hari ini menjadi B. Ada yang tak pernah lulus Matematik dari awal tahun sehingga percubaan, namun usaha gigih itu membuahkan hasil. Dia dapat C!

Aku cuma ingin murid-murid diluar sana tahu. Jangan pernah berputus asa. Jangan!

Jangan rasa kita tidak pandai jika keputusan kita selalu gagal. Jangan!

Jangan rasa kita tidak boleh dan semuanya sudah terlambat untuk mengejar kawan-kawan yang lain. Jangan!

Tuhan telah berkata, DIA takkan ubah nasib seseorang melainkan orang itu sendiri yang ubah nasib mereka.

Pepatah Arab pula ada mengatakan,

“Man jadda, wajada.”

Sesiapa berusaha, dia berjaya.

Untuk berjaya, tiada jalan pintas. Usaha, usaha, dan terus usaha. Setiap kali jatuh, bangkitlah semula.

Dan jadikan setiap kali kegagalan itu penguat untuk berusaha lebih hebat.

MW : Begitulah apabila seorang guru itu ikhlas mendidik, Allah hadirkan bahagia buatnya. Dan rasa indah itu tersebar luas pada murid-murid, ibu bapa malah orang yang ada di sekelilingnya.

‘Hujan Ribut Pun Buat Kelas’ – Dari 39 org, hanya 4 lulus.Bila result keluar semalam lain pula ceritanya

“Kelas paling hujung. Kelas paling perlahan. Aku juga ajar kelas ini”- Disaat Hari Result UPSR Keluar Allahu, rasa nak sujud syukur weh.

Ini pula sebahagian murid kelas 6 Arif. Kelas paling hujung. Kelas paling perlahan. Aku juga ajar kelas ini.

Setiap kali peperiksaan, pentadbir akan tanya aku sambil lihat slip keputusan mereka,

“Cikgu Fadli, agak-agak berapa orang murid 6 Arif boleh lulus Matematik tahun ni?”

Aku meneliti keputusan mereka. Exam sebenar kurang dua bulan pun markah mereka majoriti bawah 10%.

“Puan. Saya cuba target untuk dua orang ni lulus. Markah mereka 13% dan seorang lagi 15% ni. Kalau drill betul-betul, boleh pergi kot,” balas aku yakin tak yakin.

Ye lah, masa suntuk sangat dah. Kemampuan murid aku, aku tahu lah. Namun aku tak putus asa.

Aku masuk ke kelas mereka, aku cakap kat mereka,

“Cikgu tahu awak semua perlahan dalam pelajaran. Awak pun sedar awak jawab periksa pun main hentam.

Tapi tadi cikgu pergi jumpa Guru Besar. Cikgu cakap kat dia awak semua rajin belajar. Awak semua mampu buktikan sesuatu.

Cikgu cakap, semua murid kelas ni nak lulus dalam Matematik. Nak ke tak nak?”

“Nakk, cikgu!”

“Tak dengar! Jawab biar sampai dengar kat pondok jaga sana. Nak ke tak nakkkk?”

“Nakkkkk, cikguuuuu!!!”

Bergema laungan murid-murid ini. Semangat betul.

Dan ya, macam kau orang maklum, semangat mereka macam tahi. Panas sekejap je. Lepas tu main tak ingat dunia. Haha.

Nak belajar ke paksa. Kena smackdown, kena kejar, kena marah. Baru buat.

Aku tidak menaruh harapan tinggi pada mereka. Selain cuba memberi faham, aku cuba merapatkan diri dengan mereka.

Selami dunia mereka, berkawan dengan mereka. Agar mereka tahu, aku bukan sekadar guru yang hanya tahu marah-marah.

Agar mereka sedar bukan semua guru harus ditakuti. Aku ajar mereka sikap. Aku ajar mereka adab. Aku ajar mereka realiti kehidupan. Aku mendekati mereka sebagai seorang guru dan kawan.

Pernah suatu hari, aku terdengar salah seorang dari mereka berkata kat kawan mereka,

“Kau ni tak patut betul lah. Kesian Cikgu Fadli. Dia buat kelas tambahan kau tak datang pun. Kau dah la bodoh, datanglah kelas. Asyik main basikal saja.”

“Ah, kau pun bodoh juga.”

“Aku tahu lah aku bodoh, tapi aku datang kelas tambahan.”

Lepas tu aku masuk dan sergah,

“Apa hal main gelar orang bodoh ni?”

Terkejut mereka tiba-tiba aku masuk dari pintu belakang. Kemudian aku bercerita tentang kisah hidup kawan-kawan aku dan tokoh yang dulunya tak pandai akhirnya menjadi orang yang berjaya.

Khusyuk mereka keliling aku, siap ada yang picit bahu picit lengan lagi waktu aku bercerita.

Lepas aku cerita, mereka nampak bersemangat sungguh. Bermotivasi nak belajar rajin-rajin. Tapi macam biasa, macam tahi juga. Hangatnya sementara. Hahaha.

Tak apalah. Mungkin kali ini mereka belum berjaya. Masa depan siapa tahu. Dan walau berapa results mereka pun, aku sentiasa berbangga dan dengan megah akan berkata,

“Ini anak-anak murid yang aku ajar.”

Lihatlah mereka. Lihatlah kami. Menikmati moment persekolahan diluar dari kebiasaan orang lain. Kami nikmati cara kami, kami belajar cara kami, kami enjoy cara kami, dan kami bersemangat macam tahi. Haha.

27 orang semuanya murid kelas ini. Disaat hendak meluluskan seorang dua pun menjadi misi mustahil, ye lah. Apa logik akal peperiksaan percubaan markah 8% pun nak target lulus?

‘Hujan Ribut Pun Buat Kelas’ – Dari 39 org, hanya 4 lulus.Bila result keluar semalam lain pula ceritanya

Hari ini 7 orang dari mereka LULUS Matematik UPSR 2018!

Allahu, rasa nak sujud syukur weh.

Dan buat 20 orang lagi ‘kawan-kawan’ cikgu yang belum lulus, teruskan usaha. Cikgu sentiasa menyokong kalian. Cikgu sentiasa bangga pernah mendidik kalian.

Ingat cikgu dalam doamu. #MFS – Guru biasa dengan cara luar biasa –

Kesimpulannya ,Ingatlah, UPSR bukanlah penamat untuk segala-galanya. Tidak semestinya murid-murid yang gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu tidak akan berjaya dalam peperiksaan awam akan datang. Gagal mendapat gred terbaik bukanlah sesuatu yang paling teruk dalam kehidupan. Jadikan kegagalan ini sebagai penguat semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Sekian Dari Kami. Berusahalah… UPSR it not the END….it’s just a beginning to our journey…Bangkitlah….masih byk dunia yg indah perlu diterokai.

Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh, Guru biasa yang tidak pernah henti berusaha. Via edisi