Video Member Buat Hal Hulur Ubat Kuat Untuk Kawan Yang Tengah Bersanding Buat Netizen Terhibur

Setiap orang pasti mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang indah,mewah dan paling diingati. Dan setiap orang pun ada definisi tersendiri utk mencipta majlis perkahwinan yang memorable ini betul tak?

Namun jangan diingat pasangan pengantin sahaja yang berfikiran sebegitu. Sanak saudara mahupun rakan-rakan baik sekepala pastinya ada perancangan sendiri dalam menjadikan majlis perkahwinan itu akan diingati oleh pengantin dan juga orang lain.

Tidak kiralah perancangan itu berbentuk kejutan istimewa atau pun ‘prank’ yang boleh membuat muka pasangan pengantin merah padam. Dan itulah yang berlaku kepada pasangan pengantin ini yang terkena ‘prank’ dipercayai oleh sahabat baik mereka sendiri.

Melalui perkongsian video di IG tersebut, dilihat pasangan pengantin sedang sibuk melayan tetamu di persandingan. Kemudian datang rakan kepada pengantin lelaki menghulur tangan konon nak salam ‘kaut’.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah rakan pengantin lelaki itu menghulur sejenis ubat ‘kuat’ kepada pengantin lelaki tersebut. Situasi lucu tersebut mengundang gelak ketawa sesama mereka. Malah netizen turut berasakan ‘prank’ tersebut sangat mencuit hati. Hahaha adoiii macam-macam hal korang ni.

Jom lihat video di bawah