Ingatkan budak lelaki ini jadi ‘lauk’ 2 ekor anjing gila, tapi anjing yang bertempiaran lari

Tips Bagaimana Nak Elak Dari Anjing Kejar Kita

Kepada yang takut digigit anjing, korang tak perlu bimbang lagi. korang ikut arahan aku ni bila berdepan dengan anjing. Oke. Anjing ni pantang tengok orang macam cuak-cuak kat dia. Memang dia kejar korang dan kalau korang terus lari jagalah kaki korang, mesti kena gigit punya.

Anjing ni lebih kurang macam Polis. ( tapi Polis bukan anjing weyh !! nanti korang pergi buat report kata aku kutuk Polis pulak ! bukan tau ! Disclaimer ni !). Polis pantang tengok orang curiga, takut-takut dengan dia, cuak dan lain lain. Mesti dia akan tahan korang. Macam tu jugak dengan anjing. Anjing memang dididik dari anak dah macam tu. Tak boleh salahkan dia. Kuasa Tuhan tu dan dia pun makhluk Tuhan.

Ok, sini aku nak bagi tips macam mana korang nak ‘tune’ dengan anjing ni, Aku rasa yang selalu berjalan kaki ni patut baca entry ni. Penting. Cuba kalau korang kena gigit dengan anjing gila, bahaya tu boleh dapat penyakit !

Oke aku mula kan, korang ikut langkah-langkah ni ok.

1. Bila korang nampak anjing, Korang jangan tenung mata dia. Maksudnya jangan alihkan perhatian dan pandangan korang kat dia.

2. Kalau korang jalan kat sebelah anjing yang sedang duduk, korang hanya perlu pandang depan. jangan risau, dia tak risau. Dia nampak korang macam berani.

3. Kalau anjing itu kejar korang, korang jalan buat bodoh je. Memang masa tu korang dah cuak, jangan risau sebab dia nak ‘test’ korang je sebab selama ni dia tak pernah tengok muka korang kat jalan tu. ( kira anjing tu macam abang kawasan la )

4. Kalau korang tengah jalan dan tiba-tiba ada sekor anjing ni datang lari kepada korang dan ‘block’ jalan korang, korang tak perlu lari atau berhenti. Korang jalan je, lepas tu korang halau dia macam korang halau kucing curi ikan. ”syuhhhh syuhhh blah – blah”, sambil korang menggunakan tangan seperti PolisTrafik tengah kawal jalan tu.

5. kalau korang betul-betul kena kejar dengan anjing dan korang ikut arahan aku atas ni, tapi anjing tu tetap kejar korang. Korang hanya perlu tunduk macam ambil batu atau acah dengan kaki. InsyaAllah , anjing itu akan lari tinggalkan korang. Tapi korang kena jalan cepat sikit, takut dia bawak ‘geng’.

6. Kalau korang berdepan dengan kumpulan anjing, aku cadangkan korang jangan lalu jalan atau lorong tu. bahaya beb. Korang tak dapat agak macam mana tingkah laku dia. Anjing-anjing liar ni bahaya-bahaya sikit. kalau seekor je korang boleh ‘handle’ tapi kalau kumpulan ni janganlah pandai-pandai ‘handle’.

Berhati-hati dengan anjing gila !

Kenapa aku post entry mengenai anjing ni geng? sebab aku tengok masih ramai takut-takut dengan anjing ni. Dan aku cerita ni ikut pengalaman aku berkawan dengan bukan seagama dan sebangsa dengan aku. Singgah-singgah kat rumah dorang dan bersembang dengan dorang dan aku sendiri dah cuba,

ia berkesan ! cuba k. Ok la geng , sampai disini saja. Harap-harap sudi-sudikan diri untuk komen ya.

korang tak perlu benci anjing ni tau sebab dia juga Makhluk dan ciptaan Tuhan geng. Kita hanya sekadar-sekadar saja dengan anjing.

Lain pula cerita dengan adik ni, berbadan kecil tapi berhati kental. Video ini dirakam oleh seorang individu kebetulan berada disitu.

Pada mulanya anjing itu cuba ingin menyergah adik ni, tanpa ada sedikit pun perasaan takut adik ini berlari mengejar anjing.