“Kerja Mencuci Ni Bukan Tugas Hakiki Nurse” – Doktor Tampil ‘Bahasakan’ Linda Rafar

Selepas tular status tidak puas hati Linda Rafar atas layanan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam terhadap ibunya, seorang doktor wanita tampil memberikan pandangan.

Jelas doktor yang memperkenalkan diri sebagai Dr. Ninie, tindakan Linda memuat naik status berkenaan tidak wajar.

“Puan Linda tahu kan status Puan sebagai selebriti, ramai kenal Puan. Bila Puan tuliskan perkara begitu apa yang Puan harapkan Puan dapat daripadanya?

“Kalau Puan tidak berpuas hati dengan layanan di wad itu, Puat boleh buat aduan kepada hospital sendiri. Ada borang aduan.

“Lagi satu ya Puan, mungkin Puan tidak tahu yang mengambil gambar atau video di premis hospital satu kesalahan dan Puan boleh didakwa. Tolonglah hormati undang-undang,” tulis Dr. Ninie.

Tambahnya, tugas jururawat tidak seperti orang awam sering bayangkan sebaliknya mereka antara tulang belakang sesebuah hospital.

“Misi ni kerjanya banyak Puan. Duduk kat kaunter bukan bermakna mereka membawang. Kena buat macam-macam kerja menulis dah macam kerani pun ada.

“Tanpa mereka pincanglah hospital. Kadang kala mereka terlupa bila kita minta sesuatu. Tak apa. Pergilah cakap lagi sekali. Ingatkan dia. Kita berbaik sangka boleh kan.

“Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki misi. Tulah kerja kita sebagai anak, isteri, mak atau cucu,” tambahnya.

Linda meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk dari seorang jururawat yang tidak mengendahkan permintaannya untuk menukarkan cadar di katil ibunya.

Susulan pendedahan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Hak Milik Kekal itu mendapat ugutan daripada individu tidak dikenali untuk meracuni ibunya yang sedang sakit.

“Kami Akan R@cun Mak Kau, Jangan Menyesal!”- Divgut ‘Nurse’, Linda Rafar Buat Laporan Polis

Penyanyi Linda Rafar mendedahkan dia menerima ugutan daripada seorang individu tidak dikenali yang mahu mer4cuni ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73, yang kini sedang dirawat di Hospital Shah Alam.

Individu tersebut menggunakan pengenalan nama sebagai @Nurse7455 dalam akaun Instagram (IG).

Menurut Linda yang juga ahli kumpulan Elite itu, ugtan tersebut disifatkan sangat melampau dan memberitahu pihaknya bakal membuat laporan polis.

Linda juga berkongsi paparan screen mesej peribadi berbaur ugtan dari individu tersebut di IG Story miliknya.

Menerusi mesej tersebut, individu itu meminta Linda memadam kenyataannya di IG Story sebelum ini berhubung sikap kurang ajar dan layanan buruk yang diterimanya dari jururawat di hospital terbabit.

Linda turut mendedahkan dia bukan sahaja menerima am4ran dari satu akaun IG malah beberapa akaun lain yang didakwa menyamar dan membuat akaun palsu.

Terdahulu, Linda meluahkan rasa kesalnya terhadap layanan buruk yang diterima dari seorang jururawat yang bertugas di hospital tersebut selepas dia hanya meminta menukarkan cadar di katil ibunya

Sumber dari AstroGempak