“Kita Miskin Jual Produk Takpe Jangan Miskin Dengan Akal Fikiran”-Rafar Family Menolak Dakwaan Pentingkan Bisnes Dari Ibu. Ini Tindakan Yang Akan Diambil Terhadap KKM

Kecoh isu berkaitan penyanyi dan pelakon, Linda Rafar yang meluahkan rasa kesal apabila permintaannya meminta jururawat membantu untuk ditukar cadar ibu seperti tidak dilayan sewajarnya.

Susulan itu, dia meluahkan rasa kesal di Instagram Story lalu ia membuatkan perkara itu menjadi viral.

Ada pihak yang memberikan sokongan namun ada juga yang mengkritik ahli kumpulan Elite berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, ada pihak yang bertindak mengugut Linda dan keluarga sekiranya dia tidak memadam ‘post’ tersebut hingga menyebabkan dia terpaksa membuat laporan polis.

“Kita Miskin Jual Produk Takpe Jangan Miskin Dengan Akal Fikiran”-Rafar Family Menolak Dakwaan Pentingkan Bisnes Dari Ibu. Ini Tindakan Yang Akan Diambil Terhadap KKM

Tidak tahan melihat kakaknya terus dikutuk, adik Linda iaitu Diana Rafar ada muat naik kata-kata semangat terhadap kakaknya itu.

Dia juga turut berkongsi kritikan seseorang yang menuduh mereka adik beradik lebih pentingkan soal perniagaan daripada menjaga ibu yang sakit di hospital sampai tidak mampu menukar cadar ibu sendiri.

“Wahai kakak kakak ku bertabahlah kita buat biz halal kita cari rezeki berniaga tak salah kita jual susu, protrim ke salah ke.

“Kita Miskin Jual Produk Takpe Jangan Miskin Dengan Akal Fikiran”-Rafar Family Menolak Dakwaan Pentingkan Bisnes Dari Ibu. Ini Tindakan Yang Akan Diambil Terhadap KKM

“Kita miskin jual produk takpe jgn kita miskin dgn akal fikiran. Alhamdullilah Allah masih bg rezeki dan kudrat utk kami jual produk kami.“Syukur byk2, jgn kaitkan tak jaga mak dgn isu biz dan perniagaan kami. Terima kasih pd yg hina ni sudi mengikuti perkembangan kami adik beradik @asilah_rafar @lizarafar @zainita04 @lindarafar moga perniagaan kami makin maju amin,” tulisnya.

Sambungan Lagi :

Terkini, isu berkenaan mendapat reaksi serius daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Susulan kejadian tersebut, KKM telah mengeluarkan kenyataan menerusi Instagram rasmi, @kementeriankesihatanmalaysia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim menjelaskan pihak hospital sudah mengadakan perjumpaan dengan pengadu dan salah seorang ahli keluarganya secara tertutup pada 28 Disember, jam 10.30 pagi.

Malah, sesi itu turut disertai wakil pengurusan tertinggi hospital, wad dan pakar perubatan yang terlibat.

Sumber: Rimbabara
‘Bukan suruh cuci najis pun…’
PENYANYI Linda Rafar meluahkan rasa kecewa terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang menempatkan ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73.

“Kita Miskin Jual Produk Takpe Jangan Miskin Dengan Akal Fikiran”-Rafar Family Menolak Dakwaan Pentingkan Bisnes Dari Ibu. Ini Tindakan Yang Akan Diambil Terhadap KKM

Linda, 40, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar berkata, permintaan untuk membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis tidak diendahkan dari jam 3 pagi hingga 1.30 petang semalam.

Disebabkan itu, Linda mengambil keputusan dengan membuat aduan dan berjumpa Pengarah dan Timbalan Pengarah Hospital pagi tadi, hari ini.

“Alhamdulillah, pertemuan pagi tadi positif dan mereka turut memanggil ketua jururawat wad berkenaan. Mereka memandang serius aduan ini dan akan menyiasat.

“Saya juga menyerahkan bukti berbentuk gambar dan video membabitkan jururawat terbabit kepada mereka untuk tindakan selanjutnya.

“Selepas pertemuan itu, mereka terus buat lawatan ke wad. Alhamdulillah, hari ini pesakit di wad itu mendapat layanan istimewa daripada jururawat bertugas. Masing-masing laju buat kerja,” katanya kepada Harian Metro.

Status yang dimuat naik Linda di Instagram Story semalam itu tular hingga mendapat pelbagai maklum balas pengikut.

Kebanyakan mereka berkongsi pengalaman dilalui membabitkan jururawat bertugas.

“Selama mak dalam wad, segalanya berjalan lancar. Ditambah pula saya turut mendapatkan khidmat pembantu bagi membantu kami adik beradik.

“Cuma semalam, saya hanya minta tolong untuk bantu tukar cadar yang terkena najis sebab tangan mak masih ada ‘wire’. Kalau ada bantuan daripada jururawat, ia lebih bagus. Sebab mereka lebih arif. Bukan suruh cuci najis pun. Tapi malangnya permintaan saya tidak diendahkan.

“Lebih kurang jam 1.30 petang baru ada yang datang dalam keadaan yang tak ikhlas sambil tendang pintu dan tong sampah. Apabila saya tularkan perkara ini, pandai pula perli saya. Saya berani kerana benar. Tidak kisahlah orang nak kutuk saya sekalipun,” katanya.

Menurut Linda, tindakannya itu sekali gus mewakili suara hati pesakit dan ahli keluarga yang menerima nasib sama seperti dirinya.

“Selama ini mungkin mereka tak tahu nak mengadu kepada siapa. Jadi, apa saya buat ini buat untuk mak saya saja, tetapi mewakili orang lain yang melalui pengalaman sama di wad itu.

“Sebelum ini pun, saya menyaksikan sendiri bagaimana jururawat berkelakuan kurang ajar dengan pesakit. Apabila ia terkena pada saya sendiri, ini cara terbaik untuk tegur sikap mereka

“Jangan ingat kami artis boleh diperlakukan macam itu saja. Kami juga manusia biasa, ada hati, perasaan dan tahap kesabaran,” katanya.

Dalam masa sama, Linda juga sudah membuat laporan polis di Bukit Aman berhubung ugutan diterima daripada seorang individu yang ingin meracun dan membunuh ibunya jika tidak berhenti daripada menularkan isu berkenaan.

“Saya buat laporan atas nasihat polis. Mereka juga akan buat siasatan berkenaan perkara ini.

“Paling penting sekarang, saya mahu jururawat berkenaan minta maaf secara terbuka di laman sosial masing-masing atau berjumpa saya dengan mengakui kesilapan mereka.

“Hari ini saya jumpa mereka lagi. Mungkin syif kerja mereka belum waktunya,” katanya.

Sumber: hmetro via terbaik sembang.