[Video] Lagu lagi Syantik versi Pu Azman memang penuh dengan nasihat

Siapa yang tidak kenal dengan bekas juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan nama komersial sebagai PU Azman sangat aktif dalam menyampaikan dakwah menggunakan platform media sosial.

PU Azman yang pada luarannya nampak sahaja tenang, dan biasa-biasa sahaja orangnya, rupa-rupanya memiliki sifat kelakar dan sempoi.

Baru-baru ini, PU Azman telah menarik perhatian netizen dengan memuatnaik satu video tarian “Lavida Raya” sewaktu sambutan Syawal yang pertama.

Video tersebut telah dirakam menggunakan aplikasi terkini iaitu Tik Tok. Siapa sangka, rupanya PU Azman juga up to date dengan dunia siber masa kini. Malah, video tersebut juga telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen pendek “Wit wit yer la vida”.

Meriah betul PU Azman dan beberapa orang saudara lelaki menari “Lavida Raya”. Rata-rata netizen yang menonton video tersebut telah memberikan pelbagai reaksi dan komen di laman Instagram PU Azman.

Ada netizen yang memuji PU Azman seorang ustaz yang sempoi. Malah, ada juga yang mengatakan tidak salah untuk ustaz berhibur.

Lagu lagi Syantik versi pu Azman memang penuh dengan nasihat

VIDEO: