Please La Mat Dan Ajar Baby Tu English, Biar Isteri Je Cakap Melayu. Ini Respon Mat Dan Yang Win Habis

Baru-baru ini, selebriti popular, Mat Dan berkongsi mesej yang dihantar oleh netizen yang menasihati beliau supaya mengajar anaknya Bahasa Inggeris. “Please la Mat Dan ajar baby tu english, biarlah isteri je cakap melayu” petikan mesej yang diterima dan dikongsi oleh Mat Dan di instastory beliau.

Meskipun begitu, mesej tersebut dibalas dengan sangat berhemah dan berseloroh oleh beliau.

” Thanks For Your Advice Kak, I’ll Teach Him To Be Just As Proud Of His Malay Culture As He Is English Culture, Insya’Allah…”

” Kesian wife saya cakap sorang kekgi (nanti)”, seloroh Mat Dan dalam loghat Terengganu

Mat Dan atau nama islamnya Kareef Danial yang juga pengacara program Mat Dan Kaki Jalan dan isteri Nadifa Adnan menerima cahaya mata lelaki sulungnya Mei bulan lalu yang diberi nama Muhammad Zayne Danial James Tyler.

Anak kacukan British dan Melayu (Terengganu) ini sedang dipangku oleh datuknya, Kevin Tyler.

Terdahulu personaliti televisyen berbangsa Inggeris yang fasih dengan loghat Terengganu iaitu Mat Dan selamat diijabkabulkan dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya pada Ahad. Majlis akad nikah dilakukan secara tertutup selepas solat Asar di Bukit Chendering di sini.

Selain itu media difahamkan wanita berusia 20-an itu merupakan seorang pramugari. Majlis akad nikah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuklah ibu-bapa Mak Dan yang datang dari Bristol England iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler.

Dalam majlis turut hadir ibu Mat Dan yang menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelah pagi. Gambar ihsan pembaca. Pasangan pengantin terlebih dahulu bertunung pada hari yang sama, diadakan pada sebelah pagi.

Dikatakan hasrat Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 28, untuk merahsiakan majlis pertunangannya itu gagal selepas gambar-gambarnya menjadi tular pada tengah hari iaitu beberapa jam selepas mengikat tali pertunangan.

Sebelum ini, Mat Dan fasih bercakap loghat Terengganu sejak berkunjung ke negeri itu pada tahun 2009 untuk bercuti. Mat Dan popular dalam rancangan travelog siaran Astro Prima iaitu “Mat Dan Kaki Jalan”

Jom lihat video kisah penghijrahan Mat Dan