‘Eh? Maggi adik ni ketam besar, ado udang, total RM120’ – Pelanggan dakwa diperdaya oleh peniaga cekik darah

“Tanya harga dulu sebelum order makan” itulah pesanan yang seringkali dinasihatkan kepada orang ramai bagi mengelakkan diperdaya oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Meskipun mengakui kesilapan diri, namun pengadu tidak menyangka peniaga ini sanggup memperdayakannya.

Menurut bapanya, peniaga di tempat itu memang selalu menipu pelanggan agar mangsa membuat pesanan menu makanan yang mahal-mahal.

CERITA sedih hari ini tentang Maggi Ketam di PCB. Asalnya tak nak rant tapi begitu sadis aku rasa nak bebel.

Rumah aku dekat 10 minit drive je dengan PCB. So hari ini aku jalan kaki sajalah memandangkan jalan sesak teruk di musim cuti raya haji ini. Lepak jap, tiba-tiba rasa lapar. Aku pesanlah Maggi Tomyam. Tetapi kedai biasa yang aku pergi itu, tutup pula. So pergilah ke kedai yang kitorang tak pernah pergi.

Makcik itu cakap, “Dik, kedai ni takdok air, jadi payoh nak masak megi tomyam.”.

Kemudian di offer nak pergi tanya kedai sebelah, siap tanya kedai adik dia lagi kalau boleh masak order kitorang. Aku macam, respectlah, baik betul dia.

Tapi dia cakap tak boleh, semua kedai tak boleh masak Maggi Tomyam.

“Ginilah, adik order Maggi Ketam lah, mudoh. Kuah ado belako doh.” katanya.

Aku angguk sajalah sebab dah macam susah sangat kan. Tunggu dalam setengah jam (kata kejap!), Maggi sampai. Alhamdulillah sedaplah.

Kakak aku hulur RM50 suruh bayarkan. Makcik itu datnaglah, siap bawa kertas A4 bhai nak kira.

“Okey. Air adik ni air kepala deh. Okey, semua RM11 ya deh,” katanya dan aku angguk saja.

“Eh? Maggi adik ni ketam besar deh. Oh, ado udang (acah terkejut). Kalau udang harga lain deh,” katanya.

Aku jadi pelik, kenapa detail semacam dia explain ni? Panjang dia tulis-tulis sambil sengih-sengih.

“Okey, total RM120 ya dik,” katanya.

Aku tengok kakak aku, kakak aku tengok aku. Aku tengok RM50 sekeping di tangan. So korek-korek poketlah kitorang cari lagi RM70.

Wei otak dia wei RM36 (dia cakap sepatutnya RM38) untuk semangkuk Maggi Ketam tu wei! Lagi bodoh rasa bila dia cakap dia tak boleh masak Maggi Tomyam (standard RM7), pastu offer Maggi Ketam.

Speechless aku. Kalau ye pun nak sembelih, aku bukan tourist doh. Rumah aku ke kedai ni jalan kaki je pun.

Balik itu ayah aku cakap memang diorang selalu menipu supaya orang order benda yang mahal.

Jadi pengajarannya, tanyalah harga dulu sebelum order. Tambah-tambah makan di PCB tu. Aku standard makan lepak dengan member 2-3 orang makan-makan tak pernah lebih RM50 pun. Sekian.

Sumber: Nurul Fatin Aqilah