Mereka Berniat Baik Untuk Menolong Anak Anjing Yang Terbiar Tiba Tiba Lintang Pukang Mereka Cabut Lari

Tidak kira lah anjing atau kucing, sesetengah orang bila nampak binatang dalam kesusahan pasti mereka akan bantu. Banyak kali sudah kisah kisah orang yang beragama Islam menolong anjing yang dalam kesusahan. Ada yang sebab anjing tersepit dalam longkang ada pula sebab anjing kelaparan.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Satu rakaman yang dinaikkan oleh pengguna laman sosial Facebook Syed Izamin Syed Putra tentang 2 lelaki yang berniat baik untuk membantu anak anjing. Menurut pemilik video ini dia katakan mereka berdua risau takut anak anjing dilanggar kereta kerana dibiarkan sahaja begitu.

Mereka cuba meletakkan anjing tersebut di dalam sebuah kotak supaya mudah untuk mereka pindahkan ke tempat lebih selamat. Yang kelakarnya, tiba tiba muncul seekor anjing yang besar (munkin mak anjing itu) dengan laju dan menyalak. Terkejut 2 kawan ini sampai tidak cukup tanah lari.

Peringatan sebelum nak bantu anak anjing yang lihat keseorang sila lihat keadaan sekeliling dulu sebab mana tau mak dia ada kat situ huhu!

Apa pun usaha murni mereka patut diberi pujian. Video rakaman tersebut telah mendapat lebih dari 200 perkongsian walaupun tidak sampai sejam dimuat naik.

Rata rata netizen memuji mereka dan dengan masa sama mengatakan ini antara video paling kelakar hari ini.

VIDEO PENUH

Pemilik Video: Syed Izamin Syed Putra

Artikel By: KL VIRAL

Sentuh anjing tanpa 
munasabah haram – Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan bahawa umat Islam yang memegang anjing dengan sengaja tanpa tujuan munasabah adalah haram serta bercanggah dengan pe­­gangan mazhab dan uruf (kebiasaan) serta adat di Malaysia.

Ketua Pengarah Ja­kim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, pi­haknya amat menyesali perbuatan se­se­tengah umat Islam yang memegang anjing secara sengaja tanpa sebarang sebab yang dibenarkan da­lam agama.

“Menurut mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana ‘menajiskan’ diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan individu bernama Nurhanizah Abdul Rahman yang telah memuat naik dalam laman Facebook pada 1 Julai lalu mengenai anjing peliharaannya yang bernama Bubu.

Tambah Othman, walaupun Islam meletakkan ka­edah sertu apabila terkena najis yang dikate­gorikan sebagai mughallazah, namun, kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu meme­gang najis mughallazah secara sengaja.

Jelas beliau, tindakan tersebut adalah sama seperti orang yang se­ngaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

“Jakim berharap individu tersebut perlu segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah. Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah beliau cuba mencipta budaya baharu yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam,” ujarnya.

Menurut Othman, pada dasar­nya Islam tidak memandang keji kepada anjing sebagai salah satu makhluk Allah SWT.

Bagaimanapun, katanya, da­lam mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan, malah, Islam mewajibkan semua umatnya memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar tidak menjejaskan amal ibadah seharian. SUMBER : UTUSAN ONLINE