[Video] Putih Melepak Jadinya, Tak Cakap Banyak Terus Je Pam Fire Extinguisher

TEMPAT-TEMPAT DILARANG MEROKOK DI BAWAH

PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004

1. di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam

2. di mana-mana kawasan hospital atau klinik

3. di dalam lif atau tandas awam

4.di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin

5. di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam

6. di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah peraturan 22

7. di dalam mana-mana lapangan terbang

8. di dalam mana-mana premis kerajaan

9. di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian

10. di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi

11. di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak

12. di dalam mana-mana bas sekolah

13. di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd., Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.

14. di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah

15. di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak

16. di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium

17. di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan

18. di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan

19. di mana-mana kawasan di dalam kafe internet

20. di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara

21. di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat

Video Penuh :