Pernah susah sebelum senang, Alha Alfa kongsi gambar sebelum berjaya dan dikenali ramai. Pernah dituduh mencuri!

Si@pa tidak kenal dengan peng@sas kosmetik dan juga jurusolek artis terkenal tanah air, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih mesra dengan panggilan Alha Alfa.

Namanya juga dilihat semakin melonjak popular setelah menjadi penaja untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 31 yang lalu.

Terbaru, lelaki kacak berusia 30 tahun tersebut dilihat telah memuat naik sekeping foto sebagai throwback 7 tahun yang lalu dengan kapsyen yang penuh dengan motivasi dan inspirasi buat semua orang.

7 tahun lepas, masa tu tak perlu fikir banyak benda..

Haha naik gambar lama kat memory. Dah 7 tahun lepas, masa tu takde banyak benda nak fikir, enjoy, happy explore macam-macam benda nak buat. Nak carik duit.

Masa ni time ni ada satu kejadian yang Alha tak boleh lupa, beberapa hari selepas gambar sebelah kiri diambil. Bila kite susah, dan benda tu buat Alha betul-betul kuatkan diri dan sematkan dalam dada yang Alha kene berubah.

Pernah dituduh mencuri..

Alha pergi rumah kenalan ni, balik je dari rumah dapat call kata wallet koleksinya hilang bernilai 10k sejurus Alha balik dari rumahnya.

Dia tuduh Alha ambil sedangkan kalau ambil pun tak tahu nak bergaya macam mana dengan wallet tu. Puas saya cakap tak ambil tapi masih dituduh dan bermasam muka. Katanya ahli keluarga dia takde yang panjang tangan.

Doa & minta petunjuk..

Takpe, saya doa dan minta petunjuk. Berbulan selepas tu, dia call balik kata dah tahu siapa yang ambil, ahli keluarganya juga. Dia minta maaf dan saya maafkan.

Takpe saya tak dendam pun. Nasib kena tuduh je, kalau tak sampai bila-bila tak hidup selesa macam tu.

Kepada anak muda di luar sana, dengar pesan saya..

Alha nak nasihat kepada yang rajin direct message (DM) Alha minta duit sebab nak belajar, nak cari, nak beli itu, nak beli ini.

Daripada awak guna teknologi siber macam ni untuk DM meminta-minta, baiklah berniaga online, sikit-sikit pun duit. Start untung seringgit dua pun dah okay. Usaha keras lagi okay? Inshaallah.

Jangan mudah meminta-minta..

Jangan semudahnya meminta- mintatanpa usaha, Allah marah tau. Kite takkan tahu susahnya orang yang kita minta tu kerja siang malam, memerah keringat.

Bila tak boleh tolong cakap sombong, bongkak siap doakan telungkup nauzubillah. Ingat, hidup zaman sekarang amatlah menakutkan.