Bilik tidur itu PRIVACY LAKI BINI je. Walau anak sekalipun tak boleh suka-suka masuk. Kena minta izin, apatah lagi orang luar..

Ramai yang tidak peka dengan isu masuk bilik pasangan suami isteri tanpa kebenaran. Ramai juga yang mengambil remeh perkara ini terutama sekali apabila yang memasuki bilik itu adalah kanak-kanak.

Ibu bapa seharusnya mengambil perhatian dan sentiasa pantau kelakuan dan gerak-geri anak-anak sehingga tidak melanggar hak ‘privacy’ orang lain. Ajar anak-anak supaya tidak masuk bilik orang lain tanpa kebenaran.

Dalam islam sekali pun ada menegaskan perkara ini. Walaupun sesama ahli keluarga, mesti minta izin sebelum masuk ke dalam bilik orang lain kerana kita mungkin tidak tahu mereka yang ada dalam bilik itu sedang buat apa. Contohnya sedang menyalin pakaian, tidur dan sebagainya.

Menerusi akaun Facebook, saudari Syida Musa telah berkongsi isu menjaga ‘privacy’ bilik tidur pasangan suami isteri dari dicerobohi. Semoga perkongsian beliau menjadi pengajaran untuk kita.

” Bilik tidur adalah PRIVACY SUAMI ISTERI. Even anak pun sebenarnya tak boleh suka-suka masuk, kena minta izin, apatah lagi org luar.

Malah pakar perunding keluarga seperti Dr Fadzilah Kamsah pun berpesan, bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan NO ENTRY. Hanya utk suami isteri sahaja sb di sanalah segala aktiviti sulit dilakukan bersama pasangan.

Org lain boleh guna bilik tetamu / bilik anak. Tapi bukan bilik utama suami isteri. Kalau suami tak faham atau tak boleh terima, bawa dia jumpa pegawai kaunseling di JKM atau mana2 pejabat agama.

Islam memberikan HAK PRIVACY kpd suami isteri, apatah lagi dlm rumah sendiri. Org luar tak boleh suka2 masuk ke mana2 bahagian dlm rumah, tanpa izin tuan rumah. Haram hukumnya.

Lebih2 lg, dlm bilik tidur itulah, terdapat pakaian tidur milik isteri yg tak sepatutnya menjadi tontonan org luar, walaupun mak ayah mertua sendiri. Jangan anggap ini benda remeh. Bilik tidur yg selalu dimasuki org luar, lama kelamaan akan hilang serinya.

Perkongsian bersama… ”

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat saudari Syida Musa. Antara komen-komen netizen :

” Rumah saya sendiri, saya sediakan bilik untuk ibu ayah saya. Walaupun ibu ayah tak selalu datang tapi saya pun jarang2 masuk dalam bilik tu sebab privasi dorang walaupun rumah saya sendiri. Agak kurang ajar juga kalau masuk bilik orang lebih2 lagi suami isteri.. “

” Alhamdulillah mmg dididik dr kecil, jika pergi ke rmh org..malahan rapat sekalipun, bilik kelamin dilarang masuk.. Tq mak.. “

” Islam itu indah..mmag dlm islam pn dh di ajar bab adab2..adab nk masuk blik mak ayah pn kna mnta izin..dn ada waktu yg d larag masuk..waktu sbuh,waktu tnghri..lpas isyak..kecuali dgn izin tuan blik.. “

” Mmg itulah yg telah dididik oleh ibu saya sejak dr kecil…pantang tok nenek masuk bilik mak ayah tanpa kebenaran.. “

” Bilik mmg hak privacy..sbb tu sy smp skrg nk msk blk mak n abh mesti ketuk pntu n bg salam…tny dulu blh masuk ke x… dn cuba ajr ank2 sy buat benda yg sama. Larang ank2 sy main dlm blk ble smp rumah owg.. “

Semoga selepas ini ibu bapa di luar sana berpesan terutama sekali kepada anak-anak mereka supaya tidak memasuki bilik tidur orang lain tanpa kebenaran si pemilik. Semoga menjadi pengajaran buat semua.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : FB Syida Musa by Berita Kopak