Kucing Ini Rindu Akan Tuannya Yang Telah Tiada Dan Tidak Dapat Menahan Kesedihan Ketika Melihat Video Tuannya

Kucing sememangnya dekat di hati sebahagian besar individu di dunia. Hal ini kerana mereka selalu ada tidak kiralah sewaktu kita bersedih atau di saat kita memerlukan ‘peneman’.

Kadang kala kehadiran mereka sudah cukup membahagiakan kita kerana mereka lebih memahami berbanding dengan segelintir orang di dunia ini.

Kehilangan atau kematian kucing sudah cukup membuatkan kita terseksa. Namun pernahkah anda terfikir apa yang berlaku pada kucing jika kita tiada di sisinya?

Terdapat satu rakaman video yang sangat menyentuh hati di mana dia membuktikan bahawa emosi bukan sahaja boleh dizahirkan oleh manusia sahaja.

Rakaman video di bawah menunjukkan bahawa haiwan juga mempunyai perasaan dan berupaya merasai sendiri kesedihan dan kehilangan insan yang mereka sayangi. Itulah yang dizahirkan oleh seekor kucing yang telah kematian tuannya ini.

Kucing ini dilihat sangat fokus melihat rakaman video pada telefon bimbit seakan-akan dapat merasai kehadiran tuannya.

Seterusnya, dia kelihatan seperti mahu menyentuh dan memeluk tuannya.

Sememangnya dia amat merindui tuannya yang telah tiada.

Semoga kucing ini dibela dengan lebih kasih sayang selepas ini.

VIDEO PENUH :