R&R Gambang lengang dipercayai diboikot

Baru baru ini tular 1 insiden dimana pekerja salah sebuah gerai RNR Gambang telah bertindak memukul seorang pemandu bas express.

Setelah disiasat punca sebenar adalah kerana nasi lemak yang pemandu bas enggan membayar lagi RM1. Majikan pekerja RNR tersebut ada memuat naik kenyataan bahawa pemandu bas tersebut adalah kaki buli.

Rata rata netizen mengecam pemilik dan pekerja kedai di RNR Gambang tersebut kerana sekiranya betul ada kes buli kenapa tiada laporan polis dibuat? Dan adakah dengan kekasaran memukul pemandu bas tersebut dapat selesaikan masalah.

Disebabkan salah faham dan maklumat yg mengelirukan akhirnya R&R Gambang(barat)menghala ke KL lengang tanpa pengunjung akibat kempen boikot yg di buat oleh pengusaha bas expres serta pengguna lebuhraya.

Berkenaan kes pukul pemandu bas Sani Ekspress yg berlaku di R&R Gambang(timur) menghala ke Terengganu masih dlm siasatan Polis dan para pelaku telah pun direman dan gerai terbabit telah pun di tutup.

Para peniaga lain antara yg terjejas teruk akibat kempen terbabit.

Antara komen pengguna FB

– Suruh gerai no 6 tu byar gnti rugi dkt peniaga2 lain. Kuasa viral btl2 brkesan. Harap kes Adib jgn senyap je. Kita buat jgk smpai pembunuh 2 kne tngkap & d beri hukuman yg setimpal…jgn kita senyapkan kes Adib ni…ayuh semua kita BERSATU. sehingga pembunuh trsebut dpt d bawa ke muka pengadilan…

– Katanya kejadian sebab nasi lemak kot.arga RM2, tp driver bayar kurang RM1. Apalah salahnya bersedekah belanja sekali sekala driver tu. Hilang singgit sebab sedekah, Allah ganti berlipat ganda lagi.

– Akibat jahil dan bakhil, papa kedana terus jadinya.

– Kami pemandu&pengusaha bas akan berhenti di R&R Gambang apabila pemilik gerai no 6 di gantikan dengan pengusaha baru.

– masa aku kje kdai mkn dulu..semua driver bas mkn free satu sen pn tk bayar..siap bagi rokok lagi….sya pnya bos..betul2 jaga driver bas..tk nk bagi driver bas berhenti tpt lain.. cuba kau fikir satu bas 40org mkn .tk kn dua org driver ko tk blh bagi mkn free

– dlm video tu kan..tukang rakam cakap nak viralkan..ambik kau…viral makan diri, at last Gambang jd tempat mambang yg datang..padan muka..

“Jangan kerana 1 rumah buat salah, 1 Kampung dihukum bersalah.”

Seorang lelaki bernama Mat Yoe memberitahu di laman facebook beliau berkenaan RNR Perasing dan kenapa kita harus berhenti disitu. Mari baca nukilan Mat Yoe berkenaan RNR Perasing.

Ni kali ke 2 aku tulis mengenai rnr ni. Ada banyak sebab kenapa aku suka singgah di hentian ini.

1-Luas.

Hentian ni adalah hentian terbesar di LPT 2. Memang sangat luas.

2-Bersih

Sangat bersih persekitaran di hentian ini. Memang tak akan jumpa sampah di atas lantai atau di atas tanah.

Pekerja pembersihan aku bilang tadi ada lebih 5 orang.

3-Tandas besar

Ya sangat besar. Tandas lelaki ada 40 (20 tandas duduk dan 20 tandas cangkung),ada 16 bilik mandi.

Begitulah juga tandas perempuan. Total keseluruhan adalah 80 tandas dan 32 bilik mandi.

4-Surau

Surau hentian ni pon sangat besar dan selesa. Tempat wuduk pon luas. Dalam surau siap ada pokok. Memang menyegarkan. Nak lelapkan mata sekejap untuk rehatkan badan pon selesa.

5-Tempat makan

R&R Gambang lengang dipercayai diboikot

Tempat makan juga besar. Hampir sekeliling hentian ada kedai makan. Pelbagai masakan ada termasuk masakan panas.

6-Parking

Juga sangat luas. Parking asing antara kenderaan ringan dan kenderaan berat. Luas macam 6 biji padang bola.

7-Taman Permainan

Ada taman permainan yang agak besar disini. Kanak-kanak bole bermain dengan gembira. Peralatan mainan pon bersih dan terjaga

8-SHELL

Stesen minyak shell akan dibuka dalam masa terdekat. Nampak gaya macam lagi sebulan dua sebab semuanya dah hampir siap dibina.

Hentian ni kurang mendapat sambutan sebab ada yang kata hentian ni berhantu. Aku rasa dah lebih 20 kali aku singgah di hentian ni. Waktu malam la paling kerap. Tak pernah pon terserempak dengan hantu.

Lagi 1,pekerja kat sini bekerja 24 jam sehari. Tak ada pon aku dengar cerita mereka pernah terserempak dengan hantu. Jadi,hentikan khabar angin yang tak betul dan manfaatkan kemudahan yang disediakan.

#Singgah sekali pasti akan singgah lagi lain kali.percayalah.

Facebook : Mat Yoe

Rezeki RNR Perasing

Sebelum ini ramai peniaga di RNR Perasing mengadu kurang mendapat pelanggan kerana cerita hantu yang tular. Tetapi sekarang ramai yang singgah, ini yang dinamakan rezeki. Semoga semua dipermudahkan ..

#Inforoadblock