Video Pengedar Dadah Kena Tahan Polis Dan Tangan Digari Tapi Sempat Lagi Lamar Teman Wanitanya. Habis Semua Polis Kat Situ Ketawa

Seorang netizen dikatakan telah memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan tangan bergari melamar teman wanitanya selepas ditahan pihak berkuasa. Tidak lama selepas video tersebut dimuat naik ia terus menjadi tular di media sosial di Filipina.

Menurut status netizen tersebut, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Julio Vinluan ditahan pihak berkuasa kerana didakwa memiliki dadah. Sewaktu ditahan di rumahnya, Julio ditemani teman wanitanya, Oba, dan anak mereka yang masih kecil. Sementara sebuah portal berita antarabangsa turut melaporkan bahawa beberapa orang keluarga Julio turut berada di lokasi kejadian.

Sewaktu ketibaan pihak berkuasa suasana menjadi kecoh seketika dan dalam keadaan tangan Julio yang bergari untuk di bawa keluar, Julio secara tiba-tiba bertindak melutut di hadapan teman wanitanya. Oba yang ketakutan dan bingung kemudian bertanya kepada pihak berkuasa alasan Julio ditahan.

” Pihak kami terpaksa menahannya kerana dia disyaki terlibat dalam jenayah penjualan syabu,” jelas salah seorang ‘pegawai’ polis yang hadir untuk menahan Julio.

Sebaik mendengar penjelasana itu, Oba yang ketika kejadian sudah tidak dapat mengawal perasaan masih tidak berpuas hati dan meminta para pegawai terbabit menunjukkan waran tangkap yang sah sebagai bukti penahanan Julio.

Tidk lama selepas itu, salah seorang pegawai berkenaan kemudian bertindak menyerahkan satu ‘waran’ kepada Oba sebagai bukti penahanan itu. Sejuru dokumen tersebut yang dilipat diserahkan kepadanya, Oba dengan segera membuka dan terkejut apabila melihat dokumen tersebut tertera, ” Will you merry (marry) me?”

Jelas sekali melalui rakaman video tersebut, dapat dilihat semua orang dalam keadaan terkejut dan menjerit bagaikan diserang histeria. Manakala Oba yang kelu, dilihat terduduk diatas kerusi dan menangis. Rupa-rupanya, semua kejadian yang berlaku adalah ‘surprise’ yang dirancang oleh Julio untuk melamar Oba menjadi isterinya.

Pada masa itu, Julio dalam keadaan melutut dan tangan bergari mengeluarkan sebentuk cincin dan lalu melamar Oba.

“Awak keterlaluan, sayang. Saya betul-betul terkejut.  Saya baru saja lahirkan bayi dan saya sangat gugup bila jadi macam ni,” luahnya dalam kemas kini itu yang ditulis dalam bahasa Filipina ketika berkongsi perasaannya. Sehingga kini, video tersebut sudahpun ditonton sebanyak 104 ribu kali.

Dikatakan video tersebut dimuat naik oleh Oba ke laman Facebook pada 21 September sebelum diulang siar oleh beberapa netizen yang lain sehingga mendapat jutaan tontonan dari pelayar internet seluruh dunia.

Ternyata perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-rata turut berkongsi kegembiraan dan kagum dengan usaha yang dibuat oleh Julio bagi menggembirakan bakal isterinya itu.

”Ini sungguh romantik dan kelakar, wow hahaha,” tulis seorang netizen dengan nama Camille Teresa Romey yang berpendapat Julio bijak membuat ‘surprise’ yang sangat mengharukan.

”Wow satu kejutan yang berada di tahap yang berbeza. Tahniah saudara, kamu betul-betulhebat,” kata Marie Familar.

Sila lihat video penuh di bawah

Sementra seorang lagi netizen menegur ejaan yang salah di dalam surat tersebut, ”Ejaan merry adalah salah. Apapun yang penting kamu gembira,” tulisnya.