“Ko ni patut blah dari Ipoh!” – Netizen Naik Angin Pemandu Teksi Maki Lelaki Sebab Tempah Grab

Mesti korang dah biasa guna grab kalau nak pergi mana-mana kan yelah sebab senang, lepas tu murah pun murah.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni seorang lelaki kena maki dengan pemandu teksi masa dia dengan isteri dan anak-anak dia tunggu grab.

Menerusi posting Adam Aruna Adam Navindra di facebook, lelaki tu menceritakan saat-saat bagaimana dia diherdik pemandu teksi ketika baru sampai di KTM Ipoh dan cuba mendapatkan perkhidmatan grab.

Ketika saya sedang cuba untuk tempah perkhidmatan grab di kawasan mengambil penumpang di Stesen KTM Ipoh, pemandu teksi ini datang dan bertanya tentang destinasi saya.

Adam tanpa berfikir yang bukan-bukan memaklumkan destinasi yang dia nak pergi, so pemandu teksi tersebut berkata tambang untuk ke tempat tersebut ialah RM22.

Saya kata, “Wow! Mahalnya”

Pemandu teksi itu kemudiannya menawarkan harga RM20 walaupun Adam tidak membuat tawar-menawar ketika itu.

Katanya, dia tak pernah mendekati pemandu teksi itu, sebaliknya lelaki itu yang datang pada dia.

“Ko patut berambus dari Ipoh….!”

Lepas je situasi tersebut  berlaku, Adam menolak dan memaklumkan yang dia mahu menggunakan perkhidmatan Grab Car yang hanya mengenakan caj tambang RM4.

Malangnya pemandu teksi itu terus marah dan melemparkan kata-kata yang berbaur racist dan menyakitkan hati…..

“You are a bloody convert so you think you Muslims know everything.”

“You should “f#@k off” from Ipoh…”

“You are f#@king Bald and Ugly..”

“You are ugly with your stupid glasses..”

“Maybe you can ask your sister (my sister) to suck my d*ck…”

Bukan itu sahaja, malah pemandu teksi tersebut menghalau Adam dan keluarganya sambil berkata dia tidak sepatutnya berdiri di kawasan tersebut dan menempah perkhidmatan Grab.
Bayangkan….ketika itu sedang hujan, saya sedang memangku anak berusia 1 tahun, malah  isteri dan anak lelaki berusia 5 tahun juga ada bersama.”

Kurang ajar! Tunjuk isyarat lucah..

Adam berkata, keadaan agak panas pada ketika itu dan dia mengaku yang dia turut mengambil tindakan mempertahankan diri namun tidak lah sampai menghina agama, bangsa atau penampilan pemandu teksi tersebut.

Katanya pemandu teksi itu masih berterusan menunjukkan isyarat lucah biarpun dia dan keluarganya sudah berlalu pergi.

Lelaki ini adalah pembuli, rasis, tidak berhati perut dan memalukan bangsa. Saya hanya sempat merakam beberapa gambar teksi itu kerana Grab Car yang saya tempah telah sampai.”

Dalam nada berjenaka, Adam berkata dia tidak akan datang ke Ipoh lagi kerana kecewa dengan situasi dan layanan yang diterimanya ketika itu.

Kami difahamkan, Adam telah pun membuat laporan kepada KTM, JPJ, SPAD dan turut menghantar surat secara peribadi kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Sehingga kini posting di facebook milik Adam telah mendapat lebih 400perkongsian.

Rata-rata netizen memang bengang, marah dan naik angin dengan perbuatan pemandu teksi tersebut yang dikatakan sebagai kurang ajar dan racist.

Terrible this taxi driver!

“baik naik grab, lagi murah..”